Tuesday, December 13, 2011

Dunia Realiti@Kaunter

Kepada yang berkenaan tu jangan terasa.. hihihihi... yang penting post kali nih tiada kene mengena antara hidup dan mati.


Kepada yang tak paham-paham tu... sila rujuk gambar di atas..


Ape yang anda akan lalukan kalo berada disituasi ini? pikir - pikir la..


~ kalo aku la.. rase nak ludah-ludah je muke orang yang berada kat kaunter tu.. keke.. kejam sangat ke? anyway, thanks to Harian Metro for da pic

Monday, December 12, 2011

Nilai RM10@Malaysia

Ape yang anda boleh beli dengan RM10 pada hari ini? Sekarang stakat makan tengari seorang diri pun boleh mencecah lebih dari RM10. Teringat mase zaman mak bapak aku dulu, kalo pegi sekolah bawak 1sen 2sen je.. paling banyak kalo bawak pun 5sen kaya time tu.. ye la nasik 1sen je.. sekarang? Ape yang boleh beli dengan 1sen?

Aku paham, zaman berubah, dunia bertambah maju, kos semakin naik... em, pernah suatu ketika dulu aku bungkus nasi mencecah RM7!! Bungkus!!! tanpa air, ntah la kalo time tu tersalah kire, tapi ape nilai RM10 pada anda? pikir-pikirkan lah..

Sunday, December 11, 2011

Bantuan Rakyat 1Malaysia@BR1M


Seperti yg telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Parlimen yang lalu. Antara imbuhan ygdijanjikan dan bakal dikotakan oleh kerajaan BN merupakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yg berpendapatan kurang / di bawah RM3000 - tiga ribu ringgit malaysia.

Pendaftaran BR1M bermula dari 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012.

Borang boleh diambil daripada Ketua Kampung, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat / lama web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Wakil Rakyat ataupun dari laman web Kementerian Kewangan M'sia (MoF).

Bagi pemohon yg tiada 'pay slip' cth : kerja sendiri / kerja kampung, boleh dptkan cop pengesahan dari Ketua Kampung atau Wakil Rakyat.

Hantar borang yg telah lengkap diisi kpd Ketua Kampung, Pejabat Daerah, Wakil Rakyat, LHDN & Sekolah² terpilih sebelum 10 Januari 2012.

Bayaran RM500 akan dibuat berperingkat² mulai pertengahan bulan Januari kepada penerima yg disahkan layak setelah semakan dibuat oleh MoF.

"Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 olehPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012"

Sekadar ingatan, BR1M ini diberikan kepada yang layak sahaja. Sesiapa yg rasa-rasa tidak layak tu, tak perlulah cuba-cuba utk dapatkan RM500 ni. Kang buruk padahnya.

Ohh yaa tidak lupa juga, BR1M ini juga boleh diminta oleh pihak pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS. Kerajaan UMNO sentiasa mengutamakan rakyat utk kesejahteraan bersama.

Saturday, December 10, 2011

5S@Kehidupan Manusia


Ape 5S? ~ Sila Rujuk Info diatas.. hahahaha!!

Antara sebab aku cukup memuji orang-orang matahari terbit nih, adalah DISIPLIN, benda lain aku kurang berminat. Korang pikir la macamana bole terlintas dipikiran orang-orang jepun untuk menggamalkan sistem 5S nih?

Amalan 5S nih sebenarnya dah bertahun-tahun diguna pakai di Negara Jepun, dan di negara kita untuk peringkat permulaannya di mulakan di agensi-agensi kerajaan. Tahniah kepada pejabat-pejabat kerajaan yang telah amalkan sistem amalan 5S nih, yang belum lagi BILA? Nak tunggu fail-fail melambak sampai jatuh atas kepala ke?

Sebenarnya ape yang aku nak cube ketengahkan kali ni adalah amalan 5S dalam kehidupan seharian. Semasa aku makan restoran KFC hari tu aku terpandang akak yang baru je selesai menikmati KFC, dan ape yang menariknya beliau menyusun kembali kerusi yang digunakan seperti asal, dan itu antara AMALAN 5S!!! Aku tak terkejut, cume aku berpendapat amalan 5S yang diamalkan samaada di pejabat atau rumah sungguh membuahkan hasil dan amat patot di amalkan walau dimana anda berada.. cheeewah... Mari lah kita bersama-sama mengamalkan sistem 5S nih.. jom yuk jom!!

Friday, December 9, 2011

Dunia Kluster@Sekolah

Ceritanya bermula ketika aku ke salah sebuah sekolah kluster di Terengganu. Rutin harian aku sebelum ni di Sekolah Kebangsaan biasa memang berbeza dangan keadaan di Sekolah Kluster.

Tujuan aku ke sana hanya urusan kerja yang berkaitan ICT dan tidak langsung ada kene mengena dengan Kluster atau tidak. Cuma apa yang aku cube ketengahkan disini bagaimana Staf dan Pegawai Sekolah Kluster bertindak dan berkerja.

Aku berani puji, Syabas!! Tahniah!! Sekiranya begini staf anda bekerja, inilah Sekolah Kluster. Semasa aku bersembang dengan pegawai pentadbir sekolah memang sesuai dengan diri beliau sebagai pentadbir. Senyuman beliau menunjukkan beliau suka dengan kerjayanya. Aku percaya itulah yang menjadikan sekolah ni berjaya.Walau sekarang musim cuti beliau masih lagi datang menunaikan tanggungjawab. Keputusan UPSR baru-baru ini juga melegakan pihak pentadbir.

Tahniah sekali lagi!! Sebenarnya bukan semua tak boleh jadi terbaik.. cuma alasan hidup dan alasan diri membuatkan anda semua ketinggalan.. Akhir kata, sayangilah kerjaya anda.

Thursday, December 8, 2011

Lesen@Birthday



Ingat Tarikh Lahir
Ingat Lesen!!


Lepas nih jangan kalo terlupe jugak ntah la nak salahkan sape pulak.. takan la lupe jugak tarikh lahir korang?Amboi-amboi.. agak-agak la.. kalo tarikh lahir tak ingat lepas nih ade jugak yang tetibe nak ke JPJ atau Pej Pos lepas dapat suprise Birthday kat umah oleh bini atau kawan sepejabat. kan kan kan? mengikut info yang aku dapat.

Mulai 21 November 2011 lesen memandu akan tamat tempoh sama dengan tarikh lahir. 

Mengikut rekod (Sumber : Harian Metro) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) terdapat 2.2 Juta daripada 11.8 Juta yang tidak memperbaharui lesen mereka. 

Kerajaan akan menanggung fi lesen tempoh lanjutan bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya diantara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah diantara 12 hingga 18 bulan (termasuk tempoh lanjutan).

Manakala bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya diantara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir adalah 19 hingga 24 bulan (termasuk tempoh lanjutan), mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi 6 bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Manakala bagi yang bengap sangat nak paham teks kat atas tu bole la rujuk link FAQ LM Tarikh Lahir

Wednesday, December 7, 2011

Suke Bertanya

Malu Bertanya Sesat Jalan

Itulah kata-kata yang biasanya kita dengar selama ini. Tapi masalah bagi mereka yang terlalu banyak bertanya...BOSAN!!! ANNOYING!! dan macam-macam lagi la kata-kata yang sesuai dengannya... malas nak kotorkan blog ku nih dengan kata-kata kesat.. tak baekkkk... 

Kalo rasa anda mahu belajar biar dengan cara yang betol dan pandai la ambik hati.. bukan main redah jer.. 

Itu malalah yang melanda pada situasi sekarang, selain dari yang bajet hebat.. haha.. tunggu dan lihat post yang seterusnya.. BAJET HEBAT.. 

So, akhir kata dari aku, tanya banyak tak salah, sume kene pelbagaikan soalan anda dan buat ia berbunyi menarik.. kekekeke.. tensen keje dan tensen kene soal pulak aku kali nih.. bye...