Antara sebab aku cukup memuji orang-orang matahari terbit nih, adalah DISIPLIN, benda lain aku kurang berminat. Korang pikir la macamana bole terlintas dipikiran orang-orang jepun untuk menggamalkan sistem 5S nih?
Amalan 5S nih sebenarnya dah bertahun-tahun diguna pakai di Negara Jepun, dan di negara kita untuk peringkat permulaannya di mulakan di agensi-agensi kerajaan. Tahniah kepada pejabat-pejabat kerajaan yang telah amalkan sistem amalan 5S nih, yang belum lagi BILA? Nak tunggu fail-fail melambak sampai jatuh atas kepala ke?
Sebenarnya ape yang aku nak cube ketengahkan kali ni adalah amalan 5S dalam kehidupan seharian. Semasa aku makan restoran KFC hari tu aku terpandang akak yang baru je selesai menikmati KFC, dan ape yang menariknya beliau menyusun kembali kerusi yang digunakan seperti asal, dan itu antara AMALAN 5S!!! Aku tak terkejut, cume aku berpendapat amalan 5S yang diamalkan samaada di pejabat atau rumah sungguh membuahkan hasil dan amat patot di amalkan walau dimana anda berada.. cheeewah... Mari lah kita bersama-sama mengamalkan sistem 5S nih.. jom yuk jom!!
0 comments:
Post a Comment