Showing posts with label Nasihat Ku. Show all posts
Showing posts with label Nasihat Ku. Show all posts

Sunday, January 22, 2012

Dragon Year@2012

Kepada semua kenalan Perantau Desa yang yang berketurunan Cina, di ucapkan Selamat Tahu  Baru - Tahun Naga.




Friday, January 20, 2012

Lesen oh lesen

Maklumat buat semua pembaca Perantau Desa, mulai Mei 2012 kalo nak amek lesen kat pusat latihan memandu akan di beri pilihan untuk memandu kerata manual atau automatik. Dalam petikan tersebut dikatakan pelajar memandu boleh memilih pilihan tersebut.. akan tetapi bagi yang diuji dengan kenderaan automatik hanya boleh memandu kenderaan automatik sahaja manakala bagi yang belajar transmisi manual dibenarkan memandu semua transmisi.
Persoalannya disini, adekah dalam lesen pemandu untuk kenderaan automatik di letakkan gred atau tanda menunjukkan sedemikian? Kalo ade memang kalo de sekatan jalanraya, komfem pegawai tersebut akan jeling pada gear kereta anda.. jangan lupe.. pandu automatik pun bahaya kalo tak kene caranya.. itu la kes-kes pemandu tersalah tekan pedal minyak time parkir tuh.. so.. berhati-hati lah, walau apa jua kenderaan yang anda pandu..

Thursday, January 19, 2012

Pengangkutan Awam@Selamat ke?

Saranan kerajaan yang memang dah bertahun-tahun aku dengar, baca, pandang, lihat, tengok.. sume la.. 
Persoalannya.. SELAMAT KE? bukan nak kondem syarikat bas atau kerajaan, tapi hakikatnya aku nak kite pikir bersama. Ok, kite ketepikan pengangkutan keretapi sebab aku memang percaya dalam setahun memang tak banyak kes kemalangan keretapi, paling koman pun dalam surat khabar, 'keretapi tergelincir' dalam berita la.. Realiti tak pasti kalo tak tengok dengan mata kepala sendiri.
Pikir-pikirkan soalan dan pendapat nih:
  • Berapa kes kemalangan bas yang berlaku setiap tahun?
      1 kes tiap 3bulan!!
  • Kalau dipikirkan logik kemalangan tu kecuaian siapa?
       Driver? Jalan? Bas? Teknikal? Penumpang????
  • Ape post mortem kerajaan selepas kemalangan berlaku?
     Saman syarikat bas? letak kotak hitam? pasang had kelajuan bas sampai                 had 90kmj? 

Buang mase je.. tak gune tu sume.. Kalo dah jalan macam rally dalam ladang sawit, bas luar banglo dalam setinggan, driver pulak tak cukup tidor, penumpang tak disedia tali pinggang, dan yang paling penting takde penguatkuasaan sepanjang mase.. kalo perasan bile de je kes-kes kemalangan, hah!! panas la 2-3 bulan pastu sunyi sepi dan dilupekan.. kan? buang mase dan buang karan, las-las kite jugak hilang orang yang tersayang. 

Melawat Wisma Persekutuan@Jabatan Pendaftaran

Hari ni lawatan tak dirancang ke Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu - JPN di Wisma Persekutuan.. Bukan jauh pun.. seblah bangunan tempat aku keje jer.. kekeke.. Jabatan Pendaftaran di tingkat 2. Tempat-tempat uat kad pengenalan dan surat beranak tuh.. 
Kebetulan Cik Chie yang datang aku saje je teman.. beliau dengan ibunya yang tersayang.. Camtu la anak yang baik.. bawak mak nak pegi mana-mana.. lagi pun semua mak dah tanggung kan? huhuhu... 
Em, tujuan Cik Chie nih ke JPN nih sebenarnya nak tukar ic ibunya yang tersalah alamat. Maybe tak terperasan kot time mule-mule amek dulu atau ic lame tuh alamat yang lama sebab beliau dah pindah ke villa kesayangan keluarganya sekarang. Cheewah!!
Kebetulan atau tak sengaja mase aku sampai aircond atau dalam bahasa kite 'penghawa dingin' di JPN nih tak berfungsi. Memang panas la.. takat pasang kipas memang tak padan dengan ruang besar wisma tu.. em, rasenye dah sesuai sangat kalo buat bangunan kerajaan yang baru kan? lagi pun bangunan yang ada dah terlalu lama dah tak dapat tampung bilangan staff yang semakin bertambah, parkir pun dah telebih padat.. 
So, tak payah aku nak membebel... cume ni lawatan aku ke JPN hari nih, InsyAllah, nanti kalo de DSLR aku snap gambar banyak-banyak.. kalo pakai fon kamera memang tak seswai la.. kekeke... berangan dulu la.. emmmmm

Tuesday, January 10, 2012

1 Malaysia Bersih dan Indah




Perutusan Menteri Y.B. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen Menteri Pelancongan Malaysia.

Sebagai warga negara Malaysia, kita seharusnya merasa bangga dan bersyukur dengan kemakmuran budaya, keharmonian negara dan kekukuhan politik serta ekonomik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Selain itu, tanah tempat tinggal kita seumpama syurga di bumi, penuh dengan kekayaan alam semula jadi yang luar biasa dan indah. Alam inilah yang telah menjadi kekaguman orang ramai dari seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah. Kita tidak patut mengambil kesempatan atas kekayaan alam semula jadi negara kita. Sebaliknya, kita mesti memainkan peranan kita sebagai penjaga alam ini, bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada seluruh manusia tetapi untuk anak-anak kita dan generasi yang akan datang. Ini bukan hanyalah tanggungjawab seorang individu tetapi inilah masanya untuk kita mengambil tindakan bersama-sama sebagai warga Malaysia, Satu Malaysia. Paparkan fotograf di dalam forum awam khas yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelancongan khas ini dan bantu kami membawa perubahan. Mari kita bekerjasama dengan satu tujuan dan menjayakan 1Malaysia yang hijau dan bersih. “Ingatlah Pelancongan, Majulah Pelancongan” dan jadikan Malaysia satu destinasi pelancongan utama dunia!

"Bersama Kita Jayakan 1Malaysia Yang Bersih Dan Indah "

Warga Afrika@Malaysia


Lebih dikenali di Malaysia dengan nama timangan yang manja ~ ‘awang hitam’ bukan awan hitam tau.. itu awan hitam ada di langit menandakan mau ujan.. kekeke..
Sungguh pun begitu, kedatangan awang hitam nih pada mulanya setahu aku yang datang study-study jer.. ala-ala bes student gitu kan? Ye la study obersea katekan.. ebak la tu.. ceh! Ebak pe la sangat kalo perangai pulak bajet hebat, bajet samseng.
Bukan nak perlekehkan mereka, cume banyak sangat kes-kes awang itam nih yang buat kacau di negara kita. Kalo dah rase hebat sangat boleh keluar k! Datang tempat orang pandai-pandai la hormat rakyat sini, bukan negara korang punyer!! Aku betol-betool bengang dengan sikap bebudak awang itam nih, kalo ikotkan hati nak je aku langgar macam ayam yang melintas tuh, bedebuk-debuk. Hah! Padan muke. Menyusahkan orang je idup. Kecik-kecik tak nak mampos, besar menyusahkan rakyat Malaysia plak. Hampagas betol!
Kebanyakan kes yang aku dengar dan berita yang dipaparkan memang benar kedatangan awang itam nih lebih menyusahkan, dan pendek kata buat mengabihkan beras jer.. ~ dieorang makan nasi ke? Kekeke.. Senang cite tengok la berita-berita yang kebanyakan menyiarkan pasal kes awang itam yang berlagak samseng di kawasan kejiranan atau taman perumahan yang biasanya diorang tinggal. Perkara yang biasanya di laporkan ‘Awang Hitam naik minyak tengah malam mabuk sampai nak mapos’ huh!! Ni la key yang biasanya didengari.
So solutionnye ape? Kalo aku kebetulan nek LRT dengan awang itam nih memang aku tak suke. Lagi menyampah kalo tengok diorang beramai-ramai.. kalo bawak kete aci tak kalo aku TER-langgar? Ops!!
End Of Story ~ pendapat peribadi aku : kalo perlu pelajar awang itam nih di interbiu terlebih dahulu dan periksa latar belakangnya, mana tau kalo dia hanya niat nak menyeludp dadah je nak masuk Malaysia. Kan kan kan?

Monday, January 9, 2012

Mat Rempit@Malaysia


Rempit ~ bukan suatu kejadian yang aneh di Malaysia. Ia tumbuh bagaikan cendawan yang berkulat di batang pokok yang  sudah patah. Pernah ke korang menjadi mangsa rempit?


Aku dah banyak kali kene himpit di mat rempit.. bukan aku nek moto, aku bawak kete kene himpit mat moto... isk, isk, isk.. tak takot mati ke? ntah la... malas aku nak membebel.. tapi pada hakikatnya memang begitu. Kaklo korang tak elak kompem mampos mat rempit nih.. sebab mat rempit nih kalo ramai dia ingat dia besar.. dan bole uat ape saje.. 
Aku pernah hon kat mat rempit yang tak jalan ble lampu ijau.. aku hon je.. kalo di nak pukul aku langgar je la.. bukan susah.. lantak nak jadi ape.. penah kene aku sengaja himpit mat rempit nih.. padan muke.. 
Zaman sekarang orang sayang anak belikan moto yang super-super.. ye la... SAYANG ANAK!!!

Friday, January 6, 2012

Bebas Aedes

Inilah dia penyembur nyamuk aedes yang terbaik dipasaran.. aku sempat ambil gambar nih time aku dalam perjalanan ke pejabat. Sungguh tak ku sangka masih ada lagi pesawat sebegini rupa... hehe.. komfem umah pakcik nih bebas nyamuk dan malam-malam tidur dengan lena.
Patot pada motornya diletakkan iklan untuk khidmat menyembur nyamuk. Ye la, part time punye keje kan? bagus tak?

Penyakit@Kencing Manis

Aku mengunakan tandas awam di salah sebuah pasaraya di Kuala Terengganu. Bukan nak komen pasal kebersihan atau tandas tu, tapi ada sesuatu yang pelik dan membuatkan aku teringat sesuatu.
Keadaan tandas yang pelik tersebut dimana sekitar tandasnya terdapat semut yang berada ditepi-tepi sekitar mangkuknya.Em? manis ke air yang sediakan?
Sebenarnya itu lah petanda pengguna kencing manis. Ye! memang tepat.. so antara tanda-tanda anda seorang berpenyakit kencing manis adalah pabila anda buang air kecil terdapat kerumunan semut disekitarnya.
Tanda-tanda nih tak la betol-betol sangat.. mana la tau kot semut tu memang bersarang kat situ kan? mana la tau semut tu memang dah laluan dia kat situ. so, cekedaout! oh pabila ku kencing rasa manis, ku tak sangka berpenyakit oh oh oh... ~ nyanyi nada lagu Cinta Mukabuku

Thursday, January 5, 2012

Maut Terjatuh Mesin Proses Sawit@Taiping

TAIPING – Seorang lelaki maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit di sebuah kilang di Kampung Padang Gajah, di sini semalam.Lebih malang, mayatnya terpaksa diangkat dan dimasukkan ke dalam beberapa beg plastik kerana keseluru-han badannya hancur.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata, mangsa, Shuhaimi Mohamad Ariffin, 38, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada seluruh bahagian badan.
Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, mangsa dipercayai telah menutup suis mesin berkenaan untuk dicuci.
“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mesin berkenaan bergerak dan menyebabkan mangsa tergelincir lalu jatuh ke dalam mesin tersebut.
“Hanya mangsa berada di dalam kilang ketika kejadian sebelum disedari rakan sekerja mangsa yang berada di luar kilang yang mendengar jeritannya,” katanya.
Yusof berkata, difahamkan seorang pekerja warga Bangladesh cuba memberhentikan mesin untuk menarik mangsa keluar tetapi gagal.Beliau berkata, mayat mangsa dikeluarkan pasukan jabatan bomba dan penyelamat yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima laporan.Difahamkan, anggota bomba mengambil masa satu jam untuk keluarkan mayat mangsa yang hancur dalam mesin berkenaan.

“Mayat kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat dan polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, abang mangsa, Azimi Mohamad Ariffin, 39, berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kejadian yang menimpa adiknya itu pagi tadi (semalam) selepas dimaklumkan penduduk kampung.
“Saya terus ke tempat kejadian untuk melihat keadaan adik, namun dia tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kecederaan parah di seluruh badan,” katanya.

Wednesday, January 4, 2012

UPDATE ~ Bukit Besar Kuala Terengganu@Kejadian Ngeri


Suatu ketika dahulu aku ade postkan mengenai hidupan harian aku pada waktu petang dengan berjoging di Bukit Besar Kuala Terengganu. Ditakdirkan pada hari tu aku menempuh pengalaman baru mengangkat mangsa kemalangan jatuh dari bukit. Mangsa tersebut mendaki menggunakan basikal, aku hanya berjalan waktu tu. Berdasarkan maklumat mangsa telah hilang kawalan ketika menuruni bukit dan terjatuh dari basikalnya selepas merempuh sekatan jalan ~ divider. Semasa aku sampai tempat kejadian, mangsa masih berada dibawah bukit dalam semak, berikutan semua saksi membuat alasan untuk mengangkat mangsa. Aku yang tak tau ape-ape pun menghulurkan bantuan. Bukan reti sangat, tapi dah bengang dengan yang lain sebab bagi macam-macam alasan. Nasib baik mangsa tak patah kaki dan mampu berdiri, so aku dan kawan aku angkat la sesama. Mase aku papah tu aku tak sanggup tengok kecederaan mangsa. Lepas sampai ke atas, dan ditenangkan orang ramai. Aku tengok kepala mangsa kulinya bagaikan tersiat dan nampak isi putih didalamnya. Isk!! Memang ngeri dan aku tak sanggup tengok. Mase tu dah ade yang telefon Ambulan. So tunggu je la, walaupun macam tu aku try jugak kol ambulan sebab nak percepatkan sikit. Beberapa minit kemudian sampai pasukan bomba dengan pacuan 4roda dan berikan rawatan kecemasan sementara menunggu ambulan untuk membawa ke Hospital.













Sempat jugak aku bercakap dengan ahli bomba tu, dier pesan kalo ade kemalangan jangan beri air pada mangsa, kalo beri jugak alamatnya memang arwah la. Sebab kalo diberikan air ia akan mempercepatkan aliran darah dan darah akan cepat keluar dari badan. Huhuhu.. memang mase tu banyak darah keluar. Aku harapkan mangsa tersebut cepat sembuh dan bole kembali menjalani kehidupan yang sihat.. InsyAllah.. 

UPDATE@Jalan Kemaman – Paka


Berikut merupakan gambar jalan antara Kemaman – Paka ~ berdekatan simpang ke Chukai dan Terengganu Advance Technology Institute University College (TATIUc).



Berdasarkan gambar terbaru didapati jalan yang rosak hampir sekian lama di turap kembali, bukan tampal tau. Tapi aku pasti jalan tu tak kekal cantik macam tu untuk 2tahun nih, sebab aku tau macamana kepakaran kontraktor buat kerja zaman sekarang. Hebat sangat sampai jalan tu tak tahan setahun, tambah lagi dengan beban berat lori dan bas yang lenyek jalan tuh. Ntah la.. sampai bile nak ok, kalo ket negara-negara lain aku tengok lagi cantik jalannya.. takde bumby-bumpy licin je.. macam muke yang takde jerawat katekan.. kekeke..
Secara keseluruhan jalan ni tak la diturak 100% sepanjang jalan, cume part-part je yang di buat baru. Ala, takat uat keje macam lepas batuk ditangga je kan? Bosan.. so, kepada yang nak lalu jalan nih, aku nak sampaikan selamat menikmati jalan yang cantik ~ untuk berapa lama? Korang pikir la sendiri.

Kerintangan Antibiotik

Apakah Kerintangan Antibiotik?

Mudah aku ringkaskan kat sini kerintangan antibiotik adalah dimana situasi antibiotik tidak lagi cukup kuat untuk melawan virus dan bilamana virus tersebut tidak dapat dihapuskan ketika badan menerima antibiotik virus tu takat eksen je kat antibiotik tuh... tak heran langsung. kekeke.. betol ke nih? ala, betol je la.. kan kan kan?

Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh download file dari Kementerian Kesihatan kat SINI

Tuesday, January 3, 2012

Pembinaan Jambatan Baru@Bukit Kuang Kemaman


Sebenarnya dah lama aku nak review pasal projek nih, tapi di sebabkan dah kebanyakan masa aku selalu lalu waktu malam so tak dapat la ambik gambar, dah kebetulan lalu waktu siang nih, sempat la aku amek, kebetulan mase tu jem bersepah-sepah tepi jalan, so aku kutip la sikit jem tu.. ala, kalo tak membazir plak kan?

So semasa kegembiraan ~ gembira ke? Kekeke.. aku mengutip dan menyedok jem tu aku snap-snap la beberapa gambar.



Projek nih dah lama mula, tapi tak siap-siap lagi, dan membuatkan berlaku jem yang amat teruk sampai pernah aku menempuh jem yang amat tebal sehingga tak dapat bergerak. Huhuhu.. terpaksa berpatah balik dan melalui jalan pintas ~ pintas ke? Melalui Ibok nama tempat tu rase tak silap. Jalan Ibok tersebut jalan lama dan akan bersambung ke simpang utama masuk bandar Kemaman dan berdekatan Balai Bomba Kemaman, tak pasti nama jalan. Bukan familiar sangat dengan Kemaman nih. Seperti yang korang lihat gambar tu jambatan tersebut telah siap di bina kira-kira 65% ~ kiraan aku je nih. So maybe dah tak lama la bole gune tu. Cume aku nak nasihatkan pengguna jalan ini kalo dah jem sangat tu jangan nak tunggu-tunggu la, terus je patah balik lalu jalan Ibok, membazir minyak je tunggu cedok jem tuh. Manakala flow jalan lencongan sekarang adalah diperbaharui, tak pasri adakah lencongan nih berjaya mengurangkan sampah-sampah jem atau tidak. Pada pendapat aku, kalo dah driver tak reti bahasa memang jem jugak la jawabnye.. so, jangan lupe mem~profesionalkan diri anda.. okeh.. drive jangan ikot perasaan..

Sekolah@2012

Selamat menempuh alam persekolahan buat adik-adik yang mula bersekolah pada hari ini. Perantau Desa nasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan adik-adik jugak kan? So, jangan malas-malas masuk kelas tu. Bagi yang menengah, tak payah susah-susah nak belajar isap rokok. kang nati nak beli rokok tak mapu mintak duet rokok dengan parent, uat malu je.. mintak-mintak harga rokok naik dan sampai satu mase dah takde oarng mampu lagi isap rokok. kekekeke.. boleh ke?

Lawatan Bersejarah@Bandar Dungun


Lawatan bersejarah ke? Kekeke.. sebenarnya bukan lawatan sangat, cume kebetulan jejalan kat Bandar Dungun dengan famili jadi bawak la jejalan. Busan jugak asyik duk umah je kan?

Kebetulan mase tu ade majlis di SMA Kuala Dungun. Majlis pe kene cerita post yang lain la..












Lawatan bermula ke laluan lama terowong keretapi berdekatan bandar Dungun pada suatu ketika dahulu dimana bandar Dungun  merupakan bandar yang paling maju di negeri Terengganu. Malah dikatakan lebih maju dari Kuala Terengganu pada masa sekarang.

Pada gambar yang dapat dilihat, memang benar kewujudan terowong keretapi tersebut wujud. Tapi sekarang dah jadi terowong kereta la. Kalo nak lalu pastikan anda bukak lampu (suis on la, bukan kopak lampu tu yer) sebabnye bimbang kalo-kalo bertembong dengan kenderaan hadapan. Laluan terowong keretapi tersebut lebih kurang 200 meter (tak sempat pulak nak ukur bebetol ~ bimbang de kenderaan nak lalu susah pulak)

Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai ~ adik aku tahun 1 tu. Kawasan tersebut agak berhantu dan seram.. kekekeke.. budak-budak kan.. Bole pulak tanya ade hantu tak kat situ, skali aku sepak muke baru tau.. hahahaha!! Semasa melalui terowong tersebut memang gelap, dan terdapat tempat khas untuk pejalan kaki untuk sembunyi didalamnya sekiranya bertembung dengan keretapi. Praktikal kan? Tapi sekarang takde lagi dah orang nak masuk dalam tu, kang masuk-masuk tak pasal kene tegur, 'bang nak ke bandar ye bang?' kekekeke...







Lokasi lain, aku sempat jugak bergambar di simpang utama Bandar Dungun tuh, tak pasti nama jalan, tapi simpang tu laluan utama untuk memasuki Bandar Dungun. Di simpang tersebut ade la replika sebuah keretapi yang berdiri megah sebagai simbol suatu masa dahulu Dungun maju sebagai dengan perlombongan bijih timah. Kan aku dah cakap tadi.. kekeke... 

So kepada yang nak datang ke Bandar Dungun nih, sila rujuk peta dibawah.. hahahaha!!!