Showing posts with label Perjalanan Ku. Show all posts
Showing posts with label Perjalanan Ku. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Dek Kesibukan@Terkunci dalam MPV


Hahahaha!!! Lawak betol smlm!! Aku terkunci dalam Exora sebab tak sempat turun dari kereta nak kuar pegi makan...
Tengahari semalam, aku buat kerja kat Pusat Kegiatan Guru, ceritanya bermula bila nak pegi makan tengahari ke Restoran Darwaisy dekat Jalan Sultan Zainal Abidin tuh.
Disebabkan terlalu ramai aku duk la barisan belakang sekali, seat untuk bebudak kecik tu.. tak kisah la..
Mase sampai tu aku tak sempat nak kuar sebab kene angkat dulu seat yang barisan tengah tu, selesai je angkat aku dengar pintu lock dan tengok lock dah turun menandakan dah lock.. aku terus terduduk dan kawan aku yag duk seblah tu hairan tengok aku terduduk semula lepas angkat kerusi. upenye dia tak perasan pintu dah lock, kemudian aku lambai-lambai la kawan yang dah turun tu kan. Bole pulak korang uat donno!! Huh! Naseb de tepun aku kol la suh unlock balik..
Time bebaris nak amek lauk tu kite orang gelak sampai tak hengat dunia... ye la.. bole terkunci dalam kete gara-gara sorang pegawai yang bawak kete tu pening duk pikir keja yang nak setel tadi.. huhu...
Penah satu mase yuh dia anta anaknya ke tadika bole pulak tak perasan anaknye tak turun lagi dari kete sampai opis baru perasan anak dia ada lagi.. kekeke.. bz yang amat la tu.. tapi aku sendiri bole respek la pada dia.. memang orang penting kat opis aku pun.. cume lain-lain department je.. takpe.. kalo len kali de keje yang nak setel panggil unit ICT ek? Kekeke.. janji nasi kukus lagi tau.. kah kah kah!!

Monday, January 9, 2012

Mat Rempit@Malaysia


Rempit ~ bukan suatu kejadian yang aneh di Malaysia. Ia tumbuh bagaikan cendawan yang berkulat di batang pokok yang  sudah patah. Pernah ke korang menjadi mangsa rempit?


Aku dah banyak kali kene himpit di mat rempit.. bukan aku nek moto, aku bawak kete kene himpit mat moto... isk, isk, isk.. tak takot mati ke? ntah la... malas aku nak membebel.. tapi pada hakikatnya memang begitu. Kaklo korang tak elak kompem mampos mat rempit nih.. sebab mat rempit nih kalo ramai dia ingat dia besar.. dan bole uat ape saje.. 
Aku pernah hon kat mat rempit yang tak jalan ble lampu ijau.. aku hon je.. kalo di nak pukul aku langgar je la.. bukan susah.. lantak nak jadi ape.. penah kene aku sengaja himpit mat rempit nih.. padan muke.. 
Zaman sekarang orang sayang anak belikan moto yang super-super.. ye la... SAYANG ANAK!!!

Friday, January 6, 2012

Bebas Aedes

Inilah dia penyembur nyamuk aedes yang terbaik dipasaran.. aku sempat ambil gambar nih time aku dalam perjalanan ke pejabat. Sungguh tak ku sangka masih ada lagi pesawat sebegini rupa... hehe.. komfem umah pakcik nih bebas nyamuk dan malam-malam tidur dengan lena.
Patot pada motornya diletakkan iklan untuk khidmat menyembur nyamuk. Ye la, part time punye keje kan? bagus tak?

Wednesday, January 4, 2012

UPDATE@Jalan Kemaman – Paka


Berikut merupakan gambar jalan antara Kemaman – Paka ~ berdekatan simpang ke Chukai dan Terengganu Advance Technology Institute University College (TATIUc).



Berdasarkan gambar terbaru didapati jalan yang rosak hampir sekian lama di turap kembali, bukan tampal tau. Tapi aku pasti jalan tu tak kekal cantik macam tu untuk 2tahun nih, sebab aku tau macamana kepakaran kontraktor buat kerja zaman sekarang. Hebat sangat sampai jalan tu tak tahan setahun, tambah lagi dengan beban berat lori dan bas yang lenyek jalan tuh. Ntah la.. sampai bile nak ok, kalo ket negara-negara lain aku tengok lagi cantik jalannya.. takde bumby-bumpy licin je.. macam muke yang takde jerawat katekan.. kekeke..
Secara keseluruhan jalan ni tak la diturak 100% sepanjang jalan, cume part-part je yang di buat baru. Ala, takat uat keje macam lepas batuk ditangga je kan? Bosan.. so, kepada yang nak lalu jalan nih, aku nak sampaikan selamat menikmati jalan yang cantik ~ untuk berapa lama? Korang pikir la sendiri.

Tuesday, January 3, 2012

Pembinaan Jambatan Baru@Bukit Kuang Kemaman


Sebenarnya dah lama aku nak review pasal projek nih, tapi di sebabkan dah kebanyakan masa aku selalu lalu waktu malam so tak dapat la ambik gambar, dah kebetulan lalu waktu siang nih, sempat la aku amek, kebetulan mase tu jem bersepah-sepah tepi jalan, so aku kutip la sikit jem tu.. ala, kalo tak membazir plak kan?

So semasa kegembiraan ~ gembira ke? Kekeke.. aku mengutip dan menyedok jem tu aku snap-snap la beberapa gambar.



Projek nih dah lama mula, tapi tak siap-siap lagi, dan membuatkan berlaku jem yang amat teruk sampai pernah aku menempuh jem yang amat tebal sehingga tak dapat bergerak. Huhuhu.. terpaksa berpatah balik dan melalui jalan pintas ~ pintas ke? Melalui Ibok nama tempat tu rase tak silap. Jalan Ibok tersebut jalan lama dan akan bersambung ke simpang utama masuk bandar Kemaman dan berdekatan Balai Bomba Kemaman, tak pasti nama jalan. Bukan familiar sangat dengan Kemaman nih. Seperti yang korang lihat gambar tu jambatan tersebut telah siap di bina kira-kira 65% ~ kiraan aku je nih. So maybe dah tak lama la bole gune tu. Cume aku nak nasihatkan pengguna jalan ini kalo dah jem sangat tu jangan nak tunggu-tunggu la, terus je patah balik lalu jalan Ibok, membazir minyak je tunggu cedok jem tuh. Manakala flow jalan lencongan sekarang adalah diperbaharui, tak pasri adakah lencongan nih berjaya mengurangkan sampah-sampah jem atau tidak. Pada pendapat aku, kalo dah driver tak reti bahasa memang jem jugak la jawabnye.. so, jangan lupe mem~profesionalkan diri anda.. okeh.. drive jangan ikot perasaan..

Lawatan Bersejarah@Bandar Dungun


Lawatan bersejarah ke? Kekeke.. sebenarnya bukan lawatan sangat, cume kebetulan jejalan kat Bandar Dungun dengan famili jadi bawak la jejalan. Busan jugak asyik duk umah je kan?

Kebetulan mase tu ade majlis di SMA Kuala Dungun. Majlis pe kene cerita post yang lain la..












Lawatan bermula ke laluan lama terowong keretapi berdekatan bandar Dungun pada suatu ketika dahulu dimana bandar Dungun  merupakan bandar yang paling maju di negeri Terengganu. Malah dikatakan lebih maju dari Kuala Terengganu pada masa sekarang.

Pada gambar yang dapat dilihat, memang benar kewujudan terowong keretapi tersebut wujud. Tapi sekarang dah jadi terowong kereta la. Kalo nak lalu pastikan anda bukak lampu (suis on la, bukan kopak lampu tu yer) sebabnye bimbang kalo-kalo bertembong dengan kenderaan hadapan. Laluan terowong keretapi tersebut lebih kurang 200 meter (tak sempat pulak nak ukur bebetol ~ bimbang de kenderaan nak lalu susah pulak)

Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai ~ adik aku tahun 1 tu. Kawasan tersebut agak berhantu dan seram.. kekekeke.. budak-budak kan.. Bole pulak tanya ade hantu tak kat situ, skali aku sepak muke baru tau.. hahahaha!! Semasa melalui terowong tersebut memang gelap, dan terdapat tempat khas untuk pejalan kaki untuk sembunyi didalamnya sekiranya bertembung dengan keretapi. Praktikal kan? Tapi sekarang takde lagi dah orang nak masuk dalam tu, kang masuk-masuk tak pasal kene tegur, 'bang nak ke bandar ye bang?' kekekeke...







Lokasi lain, aku sempat jugak bergambar di simpang utama Bandar Dungun tuh, tak pasti nama jalan, tapi simpang tu laluan utama untuk memasuki Bandar Dungun. Di simpang tersebut ade la replika sebuah keretapi yang berdiri megah sebagai simbol suatu masa dahulu Dungun maju sebagai dengan perlombongan bijih timah. Kan aku dah cakap tadi.. kekeke... 

So kepada yang nak datang ke Bandar Dungun nih, sila rujuk peta dibawah.. hahahaha!!! 

Friday, December 30, 2011

Kayuhan 1Terengganu@Pantai Batu Buruk

Bagi yang mempunyai basikal, tak kira lah basikal Fixie, Lerun, ape saje jenama, bole menyertai Kayuhan 1Tarengganu di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu pada 31 Disember 2012 jam 9.00 malam.

Jangan lupe berpakaian lengkap (yang disyorkan untuk menunggang basikal) helmet kasut. Bukan pe, untuk mengelakkan kecederaan yang serius sekiranya berlaku kemalangan, mana la tau duk berasak-asak bawak basikal satu terguling sume terguling, tak ke naya tu.

Untuk makluman, acara ini akan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Haji Ahmad bin Said sendiri. Sejajar dengan sambutan tahun baru 2012.

Kalo la ade beskal bole join sekali.. ruginye.. em, ape-ape pun jangan lupe utamakan keselamatan, walaupun nanti de polis yang eskot, jangan lak belagak.. ye kengkawan.. jom kite memeriahkan lagi acara tersebut.

Wednesday, December 28, 2011

Kuasa Kenderaan Kerajaan@Jalanraya

Bila anda berada di jalan raya, perhatikan gelagat kereta KERAjaan.. bukan pe, kadang-kadang memang hebat.. kekeke.. Lihat saje gambar nih, hebat kan? 

Amboi-amboi korang bawak kete tu ingat mak bapak korang punyer ke?Roadtax nenek korang bayar ke? Tak reti ke ko tak boleh masuk petak kuning tu? kalo BOmba dalam kecemasan nak lalu macamana? Langgar terus? Amboi-amboi.. bukan main sedap mak bapak ko jer kan?

Ni la, kalo dah dapat kuasa. Zaman sekarang oarng berkuasa belagak, tak reti guna kuasa.. banyak penyelewengan.. isk.. bebel plak.. keke... 

Satu lagi persoalan mengenai kereta kerajaan, cermin kereta-kereta kerajaan kebanyakan gelap bagai je kan? Bes je kalo nak dapat naek.. Kalo kete rakyat bukan main lagi kene saman la kene test JPJ la.. macam-macam story la kene soal.. isk.. 

Ntah la.. kalo aku berkesempatan lagi tunggu kereta-kereta kerajaan yang pulak menyusul.. kekeke.. so cekedout (bukan cekodok) nanti yer!

Tuesday, December 13, 2011

Keberangkatan Pulang Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Sultanah Nur Zahirah


AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN...
SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...
SELAMAT KEBERANGKATAN PULANG
DYMM SPB YDPA AL-WATHIQU BILLAH AL-SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM AL SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH 
DAN
RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU SULTANAH NUR ZAHIRAH
TERENGGANU DARUL IMAN
AMPUN TUANKU
DAULAT TUANKU


Tepat jam 2.30 petang semalam aku berpeluang menyertai sambutan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Permaisuri Sultanah Nur Zahirah ke Istana Maziah Kuala Terengganu. Sambutan melibatkan lebih kurang 80,000 ribu pelajar sekolah dan 15,000 ribu rakyat jelata yang berada disepanjang perjalanan bermula dari Lapangan Terbang Sultan Sultan Mahmud hingga ke Istana Maziah. Sebelum sambutan disaksikan hujan turun dengan lebat memberikan rahmat negeri Terengganu sebelum ketibaan Tuanku.

Kami dengan semangat menyokong Tuanku, menunggu dan melambai bendera Terengganu dan Malaysia sambil melaungkan 'Daulat Tuanku'. 21 Das Tembakan Meriam menandakan ketibaan Tuanku di Lapangan Terbang menandakan Menyambut Tuanku di Majlis Istiadat Diraja.

Sepanjang Perjalanan dapat disaksikan sepanduk dan ucapan 'Selamat Pulang Tuanku dan Permaisuri' ke Terengganu. Majlis sambutan amat meriah. Terima kasih kepada yang terlibat. Semasa kereta Tuanku melintas semua perpeluang menyaksikan Tuanku dan Permaisuri melambai tangan kepada rakyat jelata sambil tersenyum manis. Tidak dilupakan juga Putera dan Puteri Tuanku yang berada dalam kereta barisan kedua tersenyum sambil melambai. Sungguh manis senyuman, patik rakyat jelata sungguh terpesona.

Difahamkan oleh Harian Metro sambutan bermula dari Istana Negara dengan pelbagai acara sebelum Tuanku berangkat ke Terengganu.