Suatu ketika dahulu aku ade postkan mengenai
hidupan harian aku pada waktu petang dengan berjoging di Bukit Besar Kuala
Terengganu. Ditakdirkan pada hari tu aku menempuh pengalaman baru mengangkat
mangsa kemalangan jatuh dari bukit. Mangsa tersebut mendaki menggunakan
basikal, aku hanya berjalan waktu tu. Berdasarkan maklumat mangsa telah hilang
kawalan ketika menuruni bukit dan terjatuh dari basikalnya selepas merempuh
sekatan jalan ~ divider. Semasa aku sampai tempat kejadian, mangsa masih berada
dibawah bukit dalam semak, berikutan semua saksi membuat alasan untuk
mengangkat mangsa. Aku yang tak tau ape-ape pun menghulurkan bantuan. Bukan
reti sangat, tapi dah bengang dengan yang lain sebab bagi macam-macam alasan.
Nasib baik mangsa tak patah kaki dan mampu berdiri, so aku dan kawan aku angkat
la sesama. Mase aku papah tu aku tak sanggup tengok kecederaan mangsa. Lepas
sampai ke atas, dan ditenangkan orang ramai. Aku tengok kepala mangsa kulinya
bagaikan tersiat dan nampak isi putih didalamnya. Isk!! Memang ngeri dan aku
tak sanggup tengok. Mase tu dah ade yang telefon Ambulan. So tunggu je la,
walaupun macam tu aku try jugak kol ambulan sebab nak percepatkan sikit. Beberapa
minit kemudian sampai pasukan bomba dengan pacuan 4roda dan berikan rawatan kecemasan
sementara menunggu ambulan untuk membawa ke Hospital.
Sempat jugak aku bercakap dengan ahli bomba tu,
dier pesan kalo ade kemalangan jangan beri air pada mangsa, kalo beri jugak
alamatnya memang arwah la. Sebab kalo diberikan air ia akan mempercepatkan aliran
darah dan darah akan cepat keluar dari badan. Huhuhu.. memang mase tu banyak
darah keluar. Aku harapkan mangsa tersebut cepat sembuh dan bole kembali menjalani
kehidupan yang sihat.. InsyAllah..
0 comments:
Post a Comment