Alfatihah dan takziah buat keluarga yang terlibat. Sungguh sedih dan terkejut pada mulanya aku mendapat berita nih... Tajuk akhbar semua memaparkan berita nih pada muka utama. Kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan.
Menurut sumber, Harian Metro, kejadian berlaku pada malam tahun baru 2012 di Manjung Perak membabitkan 2 kenderaan dan 1 lori treler muatan gas LPG (gas memasak) Dikatakan kenderaan yang dinaiki mangsa Honda Stream memotong sebuah kereta lain dihadapannya melalui jalan sebelah kiri, namun hilang kawalan dan bertembung dengan lori tersebut.
Semua mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaan.
Pesanan buat semua pengunjung Perantau Desa, jangan memandu mengikut perasaan. Berhati-hati serta pakai tali pinggang keledar semasa memandu.
0 comments:
Post a Comment