Sebenarnya dah lama aku nak review pasal projek nih, tapi di sebabkan dah
kebanyakan masa aku selalu lalu waktu malam so tak dapat la ambik gambar, dah
kebetulan lalu waktu siang nih, sempat la aku amek, kebetulan mase tu jem
bersepah-sepah tepi jalan, so aku kutip la sikit jem tu.. ala, kalo tak
membazir plak kan?
So semasa kegembiraan ~ gembira ke? Kekeke.. aku mengutip dan menyedok jem
tu aku snap-snap la beberapa gambar.
Projek nih dah lama mula, tapi tak siap-siap lagi, dan membuatkan berlaku
jem yang amat teruk sampai pernah aku menempuh jem yang amat tebal sehingga tak
dapat bergerak. Huhuhu.. terpaksa berpatah balik dan melalui jalan pintas ~
pintas ke? Melalui Ibok nama tempat tu rase tak silap. Jalan Ibok tersebut
jalan lama dan akan bersambung ke simpang utama masuk bandar Kemaman dan
berdekatan Balai Bomba Kemaman, tak pasti nama jalan. Bukan familiar sangat
dengan Kemaman nih. Seperti yang korang lihat gambar tu jambatan tersebut telah
siap di bina kira-kira 65% ~ kiraan aku je nih. So maybe dah tak lama la bole
gune tu. Cume aku nak nasihatkan pengguna jalan ini kalo dah jem sangat tu
jangan nak tunggu-tunggu la, terus je patah balik lalu jalan Ibok, membazir
minyak je tunggu cedok jem tuh. Manakala flow jalan lencongan sekarang adalah
diperbaharui, tak pasri adakah lencongan nih berjaya mengurangkan sampah-sampah
jem atau tidak. Pada pendapat aku, kalo dah driver tak reti bahasa memang jem
jugak la jawabnye.. so, jangan lupe mem~profesionalkan diri anda.. okeh.. drive
jangan ikot perasaan..
0 comments:
Post a Comment