Tuesday, January 3, 2012

Lawatan Bersejarah@Bandar Dungun


Lawatan bersejarah ke? Kekeke.. sebenarnya bukan lawatan sangat, cume kebetulan jejalan kat Bandar Dungun dengan famili jadi bawak la jejalan. Busan jugak asyik duk umah je kan?

Kebetulan mase tu ade majlis di SMA Kuala Dungun. Majlis pe kene cerita post yang lain la..












Lawatan bermula ke laluan lama terowong keretapi berdekatan bandar Dungun pada suatu ketika dahulu dimana bandar Dungun  merupakan bandar yang paling maju di negeri Terengganu. Malah dikatakan lebih maju dari Kuala Terengganu pada masa sekarang.

Pada gambar yang dapat dilihat, memang benar kewujudan terowong keretapi tersebut wujud. Tapi sekarang dah jadi terowong kereta la. Kalo nak lalu pastikan anda bukak lampu (suis on la, bukan kopak lampu tu yer) sebabnye bimbang kalo-kalo bertembong dengan kenderaan hadapan. Laluan terowong keretapi tersebut lebih kurang 200 meter (tak sempat pulak nak ukur bebetol ~ bimbang de kenderaan nak lalu susah pulak)

Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai ~ adik aku tahun 1 tu. Kawasan tersebut agak berhantu dan seram.. kekekeke.. budak-budak kan.. Bole pulak tanya ade hantu tak kat situ, skali aku sepak muke baru tau.. hahahaha!! Semasa melalui terowong tersebut memang gelap, dan terdapat tempat khas untuk pejalan kaki untuk sembunyi didalamnya sekiranya bertembung dengan keretapi. Praktikal kan? Tapi sekarang takde lagi dah orang nak masuk dalam tu, kang masuk-masuk tak pasal kene tegur, 'bang nak ke bandar ye bang?' kekekeke...







Lokasi lain, aku sempat jugak bergambar di simpang utama Bandar Dungun tuh, tak pasti nama jalan, tapi simpang tu laluan utama untuk memasuki Bandar Dungun. Di simpang tersebut ade la replika sebuah keretapi yang berdiri megah sebagai simbol suatu masa dahulu Dungun maju sebagai dengan perlombongan bijih timah. Kan aku dah cakap tadi.. kekeke... 

So kepada yang nak datang ke Bandar Dungun nih, sila rujuk peta dibawah.. hahahaha!!! 

0 comments:

Post a Comment