Wednesday, July 6, 2011

Peluang melancong?


Alhamdullilah, rezki melimpah2.. aku d taja pulak oleh BFF untuk ke Kota Kinabalu tahun depan.. hehe.. tengkiu2.. muas muas.. tak sapau rasenye nak nek flight.. ops... telebey suda.. korang sume jangan dungki tau.. nantikan reviewnye nanti, kalo de mase komen2 la.. huhu.. camne aku nak tambah followers nih.. tulun2.. follow me! follow me!..  haha!!




I-City di Terengganu






I-City di Terengganu??? Bia betol!! Haha!!.. walau pun tak se happening d Shah Alam tu, tp mirip2 jugak la.. layan jek.. maklum la.. aku sendiri tak penah sampai lg I-City Shah Alam tuh. Maklom la.. bimbang la aku nak pegi bukan biase pun bawak kete kat KL. Nanti sesat tak pasal2 ade org begolek2 tepi jalan tensen carik jalan kuar.. hahahaha!!!..

Berbalik pada I-City tadi.. kalo korang nak tgk lampu2 style I-City tuh, tak perlu ke Shah Alam dah, kat Terengganu ada.. lokasi? Pulau Warisan. Ye, selain dari jambatan gantung yang dibina di Pulau Warisan tu, ada hiasan lampu yang agak cantek la.. tp susunan je yang spoil.. em, ape pun, cantek jugak.. hehe.. mase aku sampai semalam kebetulan ade mamat tu baru dapat ikan, haha.. besa jugak.. pe lg kawan aku nih, bagamba la.. huhuhu.. aku lepak lebey kurang 10minet.. then balik tido..




Tuesday, July 5, 2011

Keindahan Alam

Semasa dalam perjalanan ke Ipoh Perak sempena Konvokensyen Kali 44 Tentera Udara Diraja Malaysia adik aku. Perjalanan ke Grik dan shorcut melalui Padang Grus terus ke Taiping kerana menginap di rumah homestay disana. Tak pasti ape nama kampung disitu, memandangkan tiada penempatan yang wujud.  Aku terpesona, bukan kereta persona tau, hahaha.. terpesona dengan keindahan alam yang masih belum terusik dan sangat cantik. Dengan deruan air terjun dan airnya yang bersih. Setiap keli melalui jalan tu mesti berenti ambek angen, walau seminit.. hehe.. semua turun, tengok.. hajat nak bekelah, tp tak bawak bekal, camne nak bekelah, so tgk je la.. seronok!!.. ni gamba2 yang aku sempat rakam.




Lucu dan Kelakar

Sedang aku dalam perjalanan ke tempat bekerja.. terlihat tingkah laku seekor kera membonceng motorsikal, kebiasaanya ok je.. ape yang paling kelakar monyet tu macam nak lompat2 atas motor tuh, ingat kuda ke ape.. hahaha.. so tuanya pun tepuk2 kat keranya suh duk diam.. aku yang nak memotong pun tak jadi tengok telatah kera nih.. dalam hati senyum sensorang je.. hahaha!!! Naseb aku sempat snap gamba untuk masuk blog.. len kali kalo ade aksi2 camni kene amek video la.. baru kengkawan bole tgk kan? Hehe.. okeh, sekian... 




Pemandu Malaysia

Em, dah lama nak post pasal nih, tp tak kesempatan, bz je memanjang.. em.. so,  ape pendapat anda?? Ini pendapat saya, ikhlas pemandu kenderaan di Malaysia jelas tidak langsung mengikut peraturan. Antara nya:

1. Memandu melebihi had laju yang ditetapkan
2. Memandu perlahan di lorong kanan
3. Melanggar lampu isyarat
4. Tidak memberi isyarat atau lambat memberikan isyarat   

Bagi pendapat aku, masalah melebihi had laju langsung tidak dipedulikan kecuali semasa musim perayaan, dan aku berpendapat kenderaan zaman sekarang dibina dengan teliti hingga kereta melebihi had laju pun tak perasan. 
  
Masalah memandu perlahan dilorobng kanan yang paling kritikal dan aku paling benci sekali, ape yang aku lihat masalah ni berlaku dikebanyakan negeri2 pantai timur.. aduh, ape la nak jadi, dah jadi bandaraya pun takde kesedaran sivik... pada pendapat aku tak salah nak duduk di lorong kanan Cuma pastikan anda sentiasa lihat cemin pandang belakang, dan jangan terlalu awal menukar lorong walau anda perlu ke kanan/buat pusing balik. Antara gambar2 yang aku uploadkan ini sebagai bukti kenderaan tidak mematuhi peraturan, dan sesetengahnya mengakibatkan kemalangan. Antaranya kenderaan berat.

Melebihi muatan

Tiada lampu brek ketiga

lampu brek gagal berfungsi

Muatan terkeluar

Parkir di tempat yang tidak sesuai
Mana no pendaftaran? JKR pun tak ikot peratoran?

Memotong secara merbahaya

Hadiah Hari Lahir !!!

Amboi-amboi.. besnye.. dapat hadiah hari lahir baru-baru ni, dan yang paling bes skali... hadiah dari yang tersayang. Terima kasih sayang.. I LOVE U.. muuahs... hahahaha!! Statement berani nih.. Walau ape pun bersyukur pada Allah S.W.T dimurahkan rezeki, Alhamdullilah... ye la murah rezki la org bg hadiah kan? Hehe.. aku tak kisah sangat hadiah pe sebnarnye, bukan suh beli2.. kalo belanja makan kat warung pun aku ok je.. no hal.. tp kalo bakso ke.. yum – yum.. lame tak makan... ok lah, petang ni balik kuantan.. semoga perjalanan aku selamat pegi dan selamat balik.. mudah – mudahan.. doakan perjalanan aku yer..

Assalamualaikom...








Monday, May 9, 2011

Warisan Terengganu

Salam 1Malaysia, dan Salam 1Terengganu



Warisan Terengganu, ape ye.. terlintas difikiran, Warisan Terengganu yang paling aku suke antaranya Musik Gamelan – Timang Burung dan Gamelan – Kunang – Kunang Mabuk. Apa yang istimewanya? Keunikan alatan muzik yang digunakan dan warisan zaman dahulu yang sehingga kini masih tidak luput di fikiran rakyat. Alhamdullilah, mungkin juga setiap program/acara – badan – badan kerajaan sentiasa gunakan lagu warisan ni sebagai latar belakang semasa majlis berjalan. Begitu asyiknya alunan muzik yang bergema bagaikan merasuk ke badan, entahlah.. sesetengah orang kate lagu ni begitu asyik dan buat pendengar terpesona dengan alunan muzik.. dengar la sendiri.. baru tau.. hehe..