Tuesday, July 5, 2011

Pemandu Malaysia

Em, dah lama nak post pasal nih, tp tak kesempatan, bz je memanjang.. em.. so,  ape pendapat anda?? Ini pendapat saya, ikhlas pemandu kenderaan di Malaysia jelas tidak langsung mengikut peraturan. Antara nya:

1. Memandu melebihi had laju yang ditetapkan
2. Memandu perlahan di lorong kanan
3. Melanggar lampu isyarat
4. Tidak memberi isyarat atau lambat memberikan isyarat   

Bagi pendapat aku, masalah melebihi had laju langsung tidak dipedulikan kecuali semasa musim perayaan, dan aku berpendapat kenderaan zaman sekarang dibina dengan teliti hingga kereta melebihi had laju pun tak perasan. 
  
Masalah memandu perlahan dilorobng kanan yang paling kritikal dan aku paling benci sekali, ape yang aku lihat masalah ni berlaku dikebanyakan negeri2 pantai timur.. aduh, ape la nak jadi, dah jadi bandaraya pun takde kesedaran sivik... pada pendapat aku tak salah nak duduk di lorong kanan Cuma pastikan anda sentiasa lihat cemin pandang belakang, dan jangan terlalu awal menukar lorong walau anda perlu ke kanan/buat pusing balik. Antara gambar2 yang aku uploadkan ini sebagai bukti kenderaan tidak mematuhi peraturan, dan sesetengahnya mengakibatkan kemalangan. Antaranya kenderaan berat.

Melebihi muatan

Tiada lampu brek ketiga

lampu brek gagal berfungsi

Muatan terkeluar

Parkir di tempat yang tidak sesuai
Mana no pendaftaran? JKR pun tak ikot peratoran?

Memotong secara merbahaya

0 comments:

Post a Comment