Wednesday, January 4, 2012

UPDATE@Jalan Kemaman – Paka


Berikut merupakan gambar jalan antara Kemaman – Paka ~ berdekatan simpang ke Chukai dan Terengganu Advance Technology Institute University College (TATIUc).



Berdasarkan gambar terbaru didapati jalan yang rosak hampir sekian lama di turap kembali, bukan tampal tau. Tapi aku pasti jalan tu tak kekal cantik macam tu untuk 2tahun nih, sebab aku tau macamana kepakaran kontraktor buat kerja zaman sekarang. Hebat sangat sampai jalan tu tak tahan setahun, tambah lagi dengan beban berat lori dan bas yang lenyek jalan tuh. Ntah la.. sampai bile nak ok, kalo ket negara-negara lain aku tengok lagi cantik jalannya.. takde bumby-bumpy licin je.. macam muke yang takde jerawat katekan.. kekeke..
Secara keseluruhan jalan ni tak la diturak 100% sepanjang jalan, cume part-part je yang di buat baru. Ala, takat uat keje macam lepas batuk ditangga je kan? Bosan.. so, kepada yang nak lalu jalan nih, aku nak sampaikan selamat menikmati jalan yang cantik ~ untuk berapa lama? Korang pikir la sendiri.

Kerintangan Antibiotik

Apakah Kerintangan Antibiotik?

Mudah aku ringkaskan kat sini kerintangan antibiotik adalah dimana situasi antibiotik tidak lagi cukup kuat untuk melawan virus dan bilamana virus tersebut tidak dapat dihapuskan ketika badan menerima antibiotik virus tu takat eksen je kat antibiotik tuh... tak heran langsung. kekeke.. betol ke nih? ala, betol je la.. kan kan kan?

Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh download file dari Kementerian Kesihatan kat SINI

Tuesday, January 3, 2012

Pembinaan Jambatan Baru@Bukit Kuang Kemaman


Sebenarnya dah lama aku nak review pasal projek nih, tapi di sebabkan dah kebanyakan masa aku selalu lalu waktu malam so tak dapat la ambik gambar, dah kebetulan lalu waktu siang nih, sempat la aku amek, kebetulan mase tu jem bersepah-sepah tepi jalan, so aku kutip la sikit jem tu.. ala, kalo tak membazir plak kan?

So semasa kegembiraan ~ gembira ke? Kekeke.. aku mengutip dan menyedok jem tu aku snap-snap la beberapa gambar.



Projek nih dah lama mula, tapi tak siap-siap lagi, dan membuatkan berlaku jem yang amat teruk sampai pernah aku menempuh jem yang amat tebal sehingga tak dapat bergerak. Huhuhu.. terpaksa berpatah balik dan melalui jalan pintas ~ pintas ke? Melalui Ibok nama tempat tu rase tak silap. Jalan Ibok tersebut jalan lama dan akan bersambung ke simpang utama masuk bandar Kemaman dan berdekatan Balai Bomba Kemaman, tak pasti nama jalan. Bukan familiar sangat dengan Kemaman nih. Seperti yang korang lihat gambar tu jambatan tersebut telah siap di bina kira-kira 65% ~ kiraan aku je nih. So maybe dah tak lama la bole gune tu. Cume aku nak nasihatkan pengguna jalan ini kalo dah jem sangat tu jangan nak tunggu-tunggu la, terus je patah balik lalu jalan Ibok, membazir minyak je tunggu cedok jem tuh. Manakala flow jalan lencongan sekarang adalah diperbaharui, tak pasri adakah lencongan nih berjaya mengurangkan sampah-sampah jem atau tidak. Pada pendapat aku, kalo dah driver tak reti bahasa memang jem jugak la jawabnye.. so, jangan lupe mem~profesionalkan diri anda.. okeh.. drive jangan ikot perasaan..

Sekolah@2012

Selamat menempuh alam persekolahan buat adik-adik yang mula bersekolah pada hari ini. Perantau Desa nasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh demi masa depan adik-adik jugak kan? So, jangan malas-malas masuk kelas tu. Bagi yang menengah, tak payah susah-susah nak belajar isap rokok. kang nati nak beli rokok tak mapu mintak duet rokok dengan parent, uat malu je.. mintak-mintak harga rokok naik dan sampai satu mase dah takde oarng mampu lagi isap rokok. kekekeke.. boleh ke?

Lawatan Bersejarah@Bandar Dungun


Lawatan bersejarah ke? Kekeke.. sebenarnya bukan lawatan sangat, cume kebetulan jejalan kat Bandar Dungun dengan famili jadi bawak la jejalan. Busan jugak asyik duk umah je kan?

Kebetulan mase tu ade majlis di SMA Kuala Dungun. Majlis pe kene cerita post yang lain la..












Lawatan bermula ke laluan lama terowong keretapi berdekatan bandar Dungun pada suatu ketika dahulu dimana bandar Dungun  merupakan bandar yang paling maju di negeri Terengganu. Malah dikatakan lebih maju dari Kuala Terengganu pada masa sekarang.

Pada gambar yang dapat dilihat, memang benar kewujudan terowong keretapi tersebut wujud. Tapi sekarang dah jadi terowong kereta la. Kalo nak lalu pastikan anda bukak lampu (suis on la, bukan kopak lampu tu yer) sebabnye bimbang kalo-kalo bertembong dengan kenderaan hadapan. Laluan terowong keretapi tersebut lebih kurang 200 meter (tak sempat pulak nak ukur bebetol ~ bimbang de kenderaan nak lalu susah pulak)

Menurut sumber yang tidak boleh dipercayai ~ adik aku tahun 1 tu. Kawasan tersebut agak berhantu dan seram.. kekekeke.. budak-budak kan.. Bole pulak tanya ade hantu tak kat situ, skali aku sepak muke baru tau.. hahahaha!! Semasa melalui terowong tersebut memang gelap, dan terdapat tempat khas untuk pejalan kaki untuk sembunyi didalamnya sekiranya bertembung dengan keretapi. Praktikal kan? Tapi sekarang takde lagi dah orang nak masuk dalam tu, kang masuk-masuk tak pasal kene tegur, 'bang nak ke bandar ye bang?' kekekeke...







Lokasi lain, aku sempat jugak bergambar di simpang utama Bandar Dungun tuh, tak pasti nama jalan, tapi simpang tu laluan utama untuk memasuki Bandar Dungun. Di simpang tersebut ade la replika sebuah keretapi yang berdiri megah sebagai simbol suatu masa dahulu Dungun maju sebagai dengan perlombongan bijih timah. Kan aku dah cakap tadi.. kekeke... 

So kepada yang nak datang ke Bandar Dungun nih, sila rujuk peta dibawah.. hahahaha!!! 

Monday, January 2, 2012

Kemalangan Ngeri@Manjung Perak

Alfatihah dan takziah buat keluarga yang terlibat. Sungguh sedih dan terkejut pada mulanya aku mendapat berita nih... Tajuk akhbar semua memaparkan berita nih pada muka utama. Kita hanya mampu merancang, hanya Tuhan yang menentukan.

Menurut sumber, Harian Metro, kejadian berlaku pada malam tahun baru 2012 di Manjung Perak membabitkan 2 kenderaan dan 1 lori treler muatan gas LPG (gas memasak) Dikatakan kenderaan yang dinaiki mangsa Honda Stream memotong sebuah kereta lain dihadapannya melalui jalan sebelah kiri, namun hilang kawalan dan bertembung dengan lori tersebut. 

Semua mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaan. 

Pesanan buat semua pengunjung Perantau Desa, jangan memandu mengikut perasaan. Berhati-hati serta pakai tali pinggang keledar semasa memandu.

Happy New Year 2012..!!!

Maaf lambat update blog, huhuhu.. new year bagaikan tahun baru bagi aku, ye la tahun baru dalam bahasa melayu kan? dalam bahasa inggeris memang New Year!! kekekeke... 
Walaupun begitu tahun 2011 tidak akan dilupakan, ye la kalo nak lupe kene erase la memori dalam otak kan? bole ke erase? isk.. tak nak la.. macam robot plak nanti.. 
Begitulah berlalunya tahun 2011 tanpa kita sedari tibe-tibe usia pun dah melangkau setahun.. isk! sensitip la cakap pasal usia nih.. bahaye... 

Alhamdullilah, syukur pada yang masa Esa, yang panjangkan usia aku ke 2012. Alhamdullilah sebab memurahkan rezeki aku tatkala dalam kesusahan 'keduitan'

Tahun 2011 merupakan tahun yang agak happening la.. tapi, tiap-tiap tahun happening sebenarnye... hehehe.. Dah masuk tahun baru nih, ape azam korang?
Aku? azam aku.. emmmmmmmmmmm... panjang, kalo cite setahun pun tak abes.. kekeke.. jangan mare.. nanti kene jual.. 

Pun begitu jangan dilupakan memohon keampunan dari Allah S.W.T dan kedua ibu dan bapa korang sume.. 

Bagi aku 2011 - lengkap asam garamnye..