Sunday, January 22, 2012

Dragon Year@2012

Kepada semua kenalan Perantau Desa yang yang berketurunan Cina, di ucapkan Selamat Tahu  Baru - Tahun Naga.




Friday, January 20, 2012

Lesen oh lesen

Maklumat buat semua pembaca Perantau Desa, mulai Mei 2012 kalo nak amek lesen kat pusat latihan memandu akan di beri pilihan untuk memandu kerata manual atau automatik. Dalam petikan tersebut dikatakan pelajar memandu boleh memilih pilihan tersebut.. akan tetapi bagi yang diuji dengan kenderaan automatik hanya boleh memandu kenderaan automatik sahaja manakala bagi yang belajar transmisi manual dibenarkan memandu semua transmisi.
Persoalannya disini, adekah dalam lesen pemandu untuk kenderaan automatik di letakkan gred atau tanda menunjukkan sedemikian? Kalo ade memang kalo de sekatan jalanraya, komfem pegawai tersebut akan jeling pada gear kereta anda.. jangan lupe.. pandu automatik pun bahaya kalo tak kene caranya.. itu la kes-kes pemandu tersalah tekan pedal minyak time parkir tuh.. so.. berhati-hati lah, walau apa jua kenderaan yang anda pandu..

Thursday, January 19, 2012

Pengangkutan Awam@Selamat ke?

Saranan kerajaan yang memang dah bertahun-tahun aku dengar, baca, pandang, lihat, tengok.. sume la.. 
Persoalannya.. SELAMAT KE? bukan nak kondem syarikat bas atau kerajaan, tapi hakikatnya aku nak kite pikir bersama. Ok, kite ketepikan pengangkutan keretapi sebab aku memang percaya dalam setahun memang tak banyak kes kemalangan keretapi, paling koman pun dalam surat khabar, 'keretapi tergelincir' dalam berita la.. Realiti tak pasti kalo tak tengok dengan mata kepala sendiri.
Pikir-pikirkan soalan dan pendapat nih:
  • Berapa kes kemalangan bas yang berlaku setiap tahun?
      1 kes tiap 3bulan!!
  • Kalau dipikirkan logik kemalangan tu kecuaian siapa?
       Driver? Jalan? Bas? Teknikal? Penumpang????
  • Ape post mortem kerajaan selepas kemalangan berlaku?
     Saman syarikat bas? letak kotak hitam? pasang had kelajuan bas sampai                 had 90kmj? 

Buang mase je.. tak gune tu sume.. Kalo dah jalan macam rally dalam ladang sawit, bas luar banglo dalam setinggan, driver pulak tak cukup tidor, penumpang tak disedia tali pinggang, dan yang paling penting takde penguatkuasaan sepanjang mase.. kalo perasan bile de je kes-kes kemalangan, hah!! panas la 2-3 bulan pastu sunyi sepi dan dilupekan.. kan? buang mase dan buang karan, las-las kite jugak hilang orang yang tersayang. 

Melawat Wisma Persekutuan@Jabatan Pendaftaran

Hari ni lawatan tak dirancang ke Jabatan Pendaftaran Negeri Terengganu - JPN di Wisma Persekutuan.. Bukan jauh pun.. seblah bangunan tempat aku keje jer.. kekeke.. Jabatan Pendaftaran di tingkat 2. Tempat-tempat uat kad pengenalan dan surat beranak tuh.. 
Kebetulan Cik Chie yang datang aku saje je teman.. beliau dengan ibunya yang tersayang.. Camtu la anak yang baik.. bawak mak nak pegi mana-mana.. lagi pun semua mak dah tanggung kan? huhuhu... 
Em, tujuan Cik Chie nih ke JPN nih sebenarnya nak tukar ic ibunya yang tersalah alamat. Maybe tak terperasan kot time mule-mule amek dulu atau ic lame tuh alamat yang lama sebab beliau dah pindah ke villa kesayangan keluarganya sekarang. Cheewah!!
Kebetulan atau tak sengaja mase aku sampai aircond atau dalam bahasa kite 'penghawa dingin' di JPN nih tak berfungsi. Memang panas la.. takat pasang kipas memang tak padan dengan ruang besar wisma tu.. em, rasenye dah sesuai sangat kalo buat bangunan kerajaan yang baru kan? lagi pun bangunan yang ada dah terlalu lama dah tak dapat tampung bilangan staff yang semakin bertambah, parkir pun dah telebih padat.. 
So, tak payah aku nak membebel... cume ni lawatan aku ke JPN hari nih, InsyAllah, nanti kalo de DSLR aku snap gambar banyak-banyak.. kalo pakai fon kamera memang tak seswai la.. kekeke... berangan dulu la.. emmmmm

Tuesday, January 17, 2012

Terpesona dengan Minions@Despicable Me

 Ntah pe la nih.. aku dah ulang bape kali tengok cite katon Despicable Me tapi suke sangat tengok aksi katon kuning yang cute macam jejari tuh.. cube tanye uncle google, dapat lah gambarnya.. upenye nama sebenar benda yang kuning-kuning cute tu namanye Minions.. kekeke.. 




So aku cek la lagi ape makna Minions nih, Mama Wiki pulak bagi tau camni :
  • minion is a follower devoted to serving his/her master relentlessly.
  • Minions pengikut yang sedia berkhidmat tanpa had.
Memang cute minions nih, hehehe.. comel.. kan bes kalo ade yang bole belikan teddy atau paling koman pun sticker minions nih hehe.. 

Monday, January 16, 2012

Dek Kesibukan@Terkunci dalam MPV


Hahahaha!!! Lawak betol smlm!! Aku terkunci dalam Exora sebab tak sempat turun dari kereta nak kuar pegi makan...
Tengahari semalam, aku buat kerja kat Pusat Kegiatan Guru, ceritanya bermula bila nak pegi makan tengahari ke Restoran Darwaisy dekat Jalan Sultan Zainal Abidin tuh.
Disebabkan terlalu ramai aku duk la barisan belakang sekali, seat untuk bebudak kecik tu.. tak kisah la..
Mase sampai tu aku tak sempat nak kuar sebab kene angkat dulu seat yang barisan tengah tu, selesai je angkat aku dengar pintu lock dan tengok lock dah turun menandakan dah lock.. aku terus terduduk dan kawan aku yag duk seblah tu hairan tengok aku terduduk semula lepas angkat kerusi. upenye dia tak perasan pintu dah lock, kemudian aku lambai-lambai la kawan yang dah turun tu kan. Bole pulak korang uat donno!! Huh! Naseb de tepun aku kol la suh unlock balik..
Time bebaris nak amek lauk tu kite orang gelak sampai tak hengat dunia... ye la.. bole terkunci dalam kete gara-gara sorang pegawai yang bawak kete tu pening duk pikir keja yang nak setel tadi.. huhu...
Penah satu mase yuh dia anta anaknya ke tadika bole pulak tak perasan anaknye tak turun lagi dari kete sampai opis baru perasan anak dia ada lagi.. kekeke.. bz yang amat la tu.. tapi aku sendiri bole respek la pada dia.. memang orang penting kat opis aku pun.. cume lain-lain department je.. takpe.. kalo len kali de keje yang nak setel panggil unit ICT ek? Kekeke.. janji nasi kukus lagi tau.. kah kah kah!!

Tuesday, January 10, 2012

1 Malaysia Bersih dan Indah




Perutusan Menteri Y.B. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen Menteri Pelancongan Malaysia.

Sebagai warga negara Malaysia, kita seharusnya merasa bangga dan bersyukur dengan kemakmuran budaya, keharmonian negara dan kekukuhan politik serta ekonomik yang dinikmati oleh rakyat Malaysia. Selain itu, tanah tempat tinggal kita seumpama syurga di bumi, penuh dengan kekayaan alam semula jadi yang luar biasa dan indah. Alam inilah yang telah menjadi kekaguman orang ramai dari seluruh dunia. Malaysia adalah sebuah negara yang amat bertuah. Kita tidak patut mengambil kesempatan atas kekayaan alam semula jadi negara kita. Sebaliknya, kita mesti memainkan peranan kita sebagai penjaga alam ini, bukan sahaja untuk memberi manfaat kepada seluruh manusia tetapi untuk anak-anak kita dan generasi yang akan datang. Ini bukan hanyalah tanggungjawab seorang individu tetapi inilah masanya untuk kita mengambil tindakan bersama-sama sebagai warga Malaysia, Satu Malaysia. Paparkan fotograf di dalam forum awam khas yang telah diwujudkan oleh Kementerian Pelancongan khas ini dan bantu kami membawa perubahan. Mari kita bekerjasama dengan satu tujuan dan menjayakan 1Malaysia yang hijau dan bersih. “Ingatlah Pelancongan, Majulah Pelancongan” dan jadikan Malaysia satu destinasi pelancongan utama dunia!

"Bersama Kita Jayakan 1Malaysia Yang Bersih Dan Indah "