Monday, July 11, 2011

S. P. Bumi Ekspres

Pesanan kepada rakan-rakan, kawang-kawang, berhati-hati ketika menaiki bas ekspres, terutamanya SP Bumi, bukan nop kate teruk semua, SEBILANGANNYA SAHAJA.. maybe kurangnya pantauan pihak bertanggungjawab. em, tepat jam 5.00pm aku dalam perjalanan balik kerja, kira-kira lagi 37km ke Kuala Terengganu melalui jalan utama Kuala Terengganu - Kota Bharu. Semasa tiba di belakang bas ekspress SP Bumi tersebut di belakangnya sebuah Ambulan Hospital Sultanah Nur Zahirah [HSNZ] dan ketika itu meter kelajuan kereta aku mencapai 120km/j !!. Ambulan tersebut cuba memotong bas tersebut, tetapi kelajuan bas terlampau laju dan pemandu ambulan mengambil keputusan terus berada belakang bas berkenaan. Aku yang cuba mendapatkan gambar bas ekspress tersebut cuba memotong, bayangkan macamana untuk memotong bas ekspress yang dipandu pada 120km/j?? hehe.. bukan nak mencabar, nak dapatkan bukti, tak kisah la siapa yang membaca blog aku nih, sekadar ambil tahu.  


setelah aku berjaya memotong bas tersebut terus mengejar dan dan memotong kembali di kawasan kampung sungai ikan, huhu.. aku tak nak la jadi satu kemalangan, terus aku himpit kereta aku ke bahu jalan sebab tengok cemin pandang belakang bas tu telampau laju dan terhuyung hayang. mengerikan.. tak tau la de penumpang ke dop.. em, kemudian aku kembali duduk di belakang ambulan, dengan tak pecaya pemandu ambulan tu tidak diberi peluang memotong langsung oleh pemandu bas.




Persoalan sekarang, bagaimana kunci had laju bas berfungsi sedangkan bas mampu melepasi had kelajuan kebangsaan? highway pun 110km/j, inikan pula 120km/j??? aku berjaya rakam beberapa gambar, nak ambik video hajatnya, tapi bayangkan pada kelajuan tu aku memandu seorg nak ambil video? nak mampos? sori kengkawan, talian aduan LPKP tu mmg untuk PERHIASAN SEMATA-MATA, lain kali tak payah uat peraturan bagai nak rak tapi enforcement sekadar belepaskan batuk di tangga.korang zoom sendiri la no plat bas tuh ye.. malas aku nak edit.. sama jugak kejadian semasa aku dalam perjalanan ke tempat keja, kira-kira jam 6.30am ke 7.00am. terhuyung hayang semasa selisih. kejadian bas terbabas di kawasan Sungai Lekor - jalan ke setiu masih tidak mengajar pemandu SP Bumi berhati-hati. ntah nak meragut berapa nyawa baru manusia sedar. aku tak kisah kalo ade yang kecam post aku nih.. tp jangan sampai bila dah nasi menjadi bubur baru nak sedar. hidup hanya sekali. sekian..

2 comments:

شِفَاءُالدِّين said...

sape ckp hidup hny sekali? 4kali la....1)alam rahim 2)alam dunia 3)alam barzakh 4)alam akhirat..:D peacee.....

Modul Bahasa Melayu said...

Petugas Kaunter SP Bumi Jertih MENIPU penumpang. Pada hari ini 30 December 2012 ~ Mengapa perlu bayaran tambahan sebanyak RM30 kepada pemandu bas SP Bumi sedangkan Petugas Kaunter telah mengenakan surcaj lebihan RM168 berbanding tambang asal dari Jertih ke Seri Iskandar. Harga cetakan adalah rm50 utk 2 orang dan kanak kanak rm43, yang berjumlah RM143 sahaja dari Jertih ke Ipoh. Mengapa petugas kaunter tidak mengutip terlebih dahulu tambahan RM30 utk 3 penumpang ke Seri Iskandar dengan memberikan resit, mengapa perlu membayar RM30 kepada pemandu bas terlibat? Pemilik SP Bumi sila jawab.

Post a Comment