Hai, buat kerja ye bang? mentang-mentang la orang duk sibuk dengan Perhimpunan Bersih, ko dengan rajinnya menghabiskan surat peringatan ye? bagusnye... semua berlaku mase aku nak pegi umah kawan aku becucuk tanam tu, yang makan beskut keras tuh.. mase on the way, melalui Jalan Lapangan Terbang Kuala Terengganu menuju ke Wakaf Tembusu ada la pegawai JPJ uat roadblok. aku dengan selamba lalu je la.. aku memang slalu ikot peraturan bukan tak pakai tali pinggang pun.betapa aku ni berhemah kadang2 org lupe bukak lampu kereta pn aku beam2 bgtau suh pasang.. hah? tak cukop baikkah aku nih? hahahaa!!
Semasa melalui roadblok tu, kete aku diminta berenti ketepi. aku tak tau lak pe kesalahannya, tp las2 di beri surat nih.... Aku tanya la pe kesalahan aku, so pegawai ni cakap, masalah cermin, hah? aku da jalan SELURUH SEMENANJUNG MALAYSIA dengan keta aku nih, takde masalah pun. aku dah ke Putrajaya, baru je bulan lepas.takde pun tahan2 kate cemin gelap.so aku dengan tak kisahnya tanya la, kalo nak koyak skrg pn ok.pegawai tu cakap, 'CEMIN KETA ENCIK LEPAS TU, BUKAN KENE SAMAN, TP KENE PERIKSA DI JPJ JE' cam hampeh je.. aku terpikir.. bukan ke dah ada alat periksa cemin, kalo search google pun ada, dipanggil 'Auto Light' ape susah gune je la.. dulu bukan main heboh JPJ beli alat tu sampai 1K..
kisahnya, bukan pe.. aku ni mmg tak suke membazir dengan wang yang telah dikeluarkan, so aku tertanya.. mana alat tu? sekadar batuk di tangga je ke? bunyi macam hebat.. aku tak kisah la kalo cemin aku tak lepas, koyak je. tak bekira, dan aku sendiri da tau cemin tu lepas keletusan cahaya. hahaha...!! alkisahnya surat tu suh aku pegi periksa MANA-MANA JPJ, kalo tak akan dikeluarkan saman. korang bayangkan time tu kalo korang kursus? macamana? senang2 je ko nak suh aku pegi JPJ macam nak pegi pasar malam? ingat aku nih makan gaji hari2 goyang kaki? ntah la.. kalo de Auto Light tu kan senang, tak payah la ko suh aku datang. senang keja ko senang keja aku. dan tak pulak jem d pejabat JPJ tu. nanti kalo de masalah jugak aku akan postkan. so skrg aku nak cube pegi awal dari tarikh yang dia letak tu.. sebab aku tau bulan nih aku kene pegi kursus.. bukan senang2 nak keluar. okeh.. bubai...
0 comments:
Post a Comment