Thursday, July 14, 2011

Keluar dari Zon Selesa !!!

Sebut pasal selesa, aku nak berkongsi sikit dengan korang tentang suatu yang dinamakan zon selesa. Agak-agak, apa tu zon selesa ea?


Pada pendapat peribadi diri aku sendiri, zon selesa ni ibarat kotak kehidupan kita. Dalam kotak tu ada sesuatu yang biasa kita lakukan seharian. Contohnya, pergi kerja, balik kerja, tengok tv dan tido. Esoknya pula perkara yang sama kita buat. Kiranya rutin harian kita lah. Ia adalah suatu kebiasaan yang selesa bagi kita. Yelar, buat apa nak penatkan diri buat itu ini lepas balik kerja kan. Baik rileks je. Betul tak?. Ya, betul tu, betul bagi yang tak nak perubahan dalam hidup.

Sebelum ni aku ada terbaca artikel daripada jutawan internet yang terkenal. Tak lain tak bukan, Irfan Khairi. Aku tak berapa ingat pula cerita dia tetapi aku ingat satu je ayat dia. Nak berjaya, sila keluar dari zon selesa. Lebih kurang lah k. Maksudnya disini, keluar dari zon selesa ke zon yang lebih selesa kot. Contohnya macam ni, aku nak buat duit lebih, tapi aku dengan cara aku, balik kerja, tengok tv, rehat dan tido. Esoknya pun sama, jadi, bila aku nak buat duit lebih?. So, aku kena keluar dari zon selesa aku. Aku kena peruntukkan sedikit masa untuk buat duit. Mungkin sejam dua. Sejam dua ni dan kira aku keluar dari zon selesa. Jadi rutin aku kini bertambah. Balik kerja, rehat, part time sejam dua, tengok tv dan tidur. So, ini dimaksudkan dengan keluar dari kotak atau zon selesa.


Keluarlah dari zon selesa.. bangun la.. jangan menapak di lokasi yang sama. sampai bila melayu nak maju kalo macam ni.. aku sebenarnya kesian, ada yang dah bertahun2 berada dizon selesa, alkisahnya hangga menunggu pencen je orang kate.. ape keja pn taknak buat, ye la.. nak duk di zon dier je la.. da tu org lain kene buat la keje2 korang tu? pikir2 kan la..

0 comments:

Post a Comment