Zakat Fitrah ini wajib untuk semua umat Islam di bulan Ramadhan. Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW,
”Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri. Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.
Berikut adalah Kadar Zakat Fitrah seluruh Malaysia 2011
Kawasan afdal Zakat Fitrah adalah dikawasan dimana kita mencari rezeki. Bayaran zakat fitrah secara SMS boleh juga dibuat dengan M-Fitrah bersama Celcom dengan hantar sms FITRAH ke 21999 (servis adalah percuma).
Dah bayar zakat fitrah ke belum?
0 comments:
Post a Comment