Tips memandu pulang ke kampung atau kembali ke tempat bertugas. Jangan risau, tips dari Perantau Desa memang mudah dan low cost budget.. hehe..
1. Sebelum memulakan perjalanan, sediakan gula-gula, asam, jajan, atau apa saja untuk mengunyah. sekiranya berasa mengantuk atau bosan, bolehlah mengunyah. Jangan terlalu sayangkan kereta anda takot bersepah tak nak makan dalam kereta, sediakan plastik sampah khas untuk anda membuang sampah.
2. Bersedia menggunakan kad Touch and Go, sekiranya ada, sila topup kan valuenya... ia meungkin berguna sekiranya anda dalam kesesakan membayar tol.
3. Pastikan semua peralatan maintenance kereta lengkap, dan boleh digunakan. Seeloknya periksa dahulu.
4. Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan hadapan, semasa ramai memandu perpusu-pusu untuk pulang, jangan tergesa-gesa menekan pedal minyak secara mendadak. kemudian nanti terpaksa menanggung kos minyak belebihan.
5. Sekiranya semasa memandu tetiba hujan turun dengan lebatnya, pastikan lampu di nyalakan, jangan pasang lampu hazard, dan sentiasa berada di lorong sepatutnya, jangan melebihi had laju 80km/j kerana kelajuan melebihi tersebut membuatkan cengkaman tayar kereta kurang dan mudah terbabas.
6. Akhir sekali, dan paling penting!! jagalah kesopanan dijalan raya, banyyak bersabar, jangan terasa dicabar. Banyakkan selawat.. kebanyakan pemandu hilang sabar dan memecut kenderaan setelah terasa tidak puas hati setelah diperlakukan oleh pemandu lain.
SELAMAT MEMANDU KE DESTINASI
0 comments:
Post a Comment