Wednesday, August 31, 2011

Tips Memandu@Lebuhraya

Tips memandu pulang ke kampung atau kembali ke tempat bertugas. Jangan risau, tips dari Perantau Desa memang mudah dan low cost budget.. hehe.. 

1. Sebelum memulakan perjalanan, sediakan gula-gula, asam, jajan, atau apa saja untuk mengunyah. sekiranya berasa mengantuk atau bosan, bolehlah mengunyah. Jangan terlalu sayangkan kereta anda takot bersepah tak nak makan dalam kereta, sediakan plastik sampah khas untuk anda membuang sampah.

2. Bersedia menggunakan kad Touch and Go, sekiranya ada, sila topup kan valuenya... ia meungkin berguna sekiranya anda dalam kesesakan membayar tol.

3. Pastikan semua peralatan maintenance kereta lengkap, dan boleh digunakan. Seeloknya periksa dahulu.
4. Jangan memandu terlalu rapat dengan kenderaan hadapan, semasa ramai memandu perpusu-pusu untuk pulang, jangan tergesa-gesa menekan pedal minyak secara mendadak. kemudian nanti terpaksa menanggung kos minyak belebihan.

5. Sekiranya semasa memandu tetiba hujan turun dengan lebatnya, pastikan lampu di nyalakan, jangan pasang lampu hazard, dan sentiasa berada di lorong sepatutnya, jangan melebihi had laju 80km/j kerana kelajuan melebihi tersebut membuatkan cengkaman tayar kereta kurang dan mudah terbabas.

6. Akhir sekali, dan paling penting!! jagalah kesopanan dijalan raya, banyyak bersabar, jangan terasa dicabar. Banyakkan selawat.. kebanyakan pemandu hilang sabar dan memecut kenderaan setelah terasa tidak puas hati setelah diperlakukan oleh pemandu lain.

SELAMAT MEMANDU KE DESTINASI

Tuesday, August 30, 2011

Idul'Fitri 2011

Salam Idul'Fitri 2011 terimalah alunan lagu raya buat semua tetamu Perantau Desa


Monday, August 29, 2011

Salam Idul'Fitri 2011


Salam Hari Raya Idul'Fitri kepada semua pembaca Perantau Desa, yang mengenali secara langsung dan secara tidak langsung. semoga hari raya pada tahun ini memberikan seribu keberkatan dan kenangan buat semua.

Di hari yang mulia ini, Perantau Desa menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki, maaf zakir dan batin sekiranya tersalah bicara tersalah taip sepanjang blog ini di pentaskan.

Selamat Hari Raya Idul'Fitri
Maaf Zahir Batin

Last Duty@SK LKTP Belara

 
Lumrah alam, yang datang tak semesti kekal selamanya.. begitu la.. yang pergi akan berganti, yang berganti akan pergi juga.. sedih, jugak nak tinggalkan SK LKTP Belara nih, banyak kenangan pahit manis aku lalui... Dengan aktiviti-aktiviti sekolah, kerja yang hebat-hebat.. hehe.. bukan senang nak lupakan. Semua warga sekolah juga seperti sebuah keluarga besar, masing-masing akan ambil berat sesama kami.
 
Segar lagi di ingatan ketika pengurusan sekolah oleh Cikgu Tan Chong Huat.. Guru Besar berbangsa Cina paling peramah aku pernah jumpa.. aku sempat setahun bekerja dengan beliau kemudian diganti dengan Cikgu Ahmad bin Ibrahim, bekas cikgu aku dulu time sekolah rendah.. Semasa kepimpinan Cikgu Ahmad banyak acara diadakan. Sukaneka, Merentas Desa, Sambutan Maulidur Rasul, Program Titian Kasih, Sukan Sekolah, Mesyuarat Agung PIBG, Perkhemahan Badan Beruniform, Latihan Kebakaran, Sambutan Hari Guru,bersama PIBG, Kem Motivasi, Gotong Royong bersama PIBG, dan Penyampaian Hadiah Kepada Pelajar 5A OTI.
 
Pengalaman tidak dapat dilupakan semasa makmal sekolah hampir terbakar kerana litar pintas, masa tu satu mesyuarat berjalan dalam makmal. Alhamdullilah, semua selamat, aku yang tak pernah padam kebakaran pun beranikan diri padamkan kebakaran masa tu.. memang takot, tapi kalo aku tak buat siapa lagi? begitulah.. aku seronok berada disini.

 
Bukan semua manusia sempurna, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. yang buruk itu datangnya dari diri aku sendiri. Apa yang aku harapkan, semoga SK LKTP Belara lebih cemerlang, InsyAllah.. Aku memohon maaf dan ampun kepada semua warga SK LKTP Belara sekiranya ada tersilap dan salah selama 2 tahun bertugas disini..  

Action Song Peringkat Kuala Terengganu Utara

Calon UPSR 2011

Sukan 1Malaysia

Merentas Desa

Mesyuarat PIBG disertai oleh YB Ahmad Razif

Pemeriksaan Kesihatan Gigi

Perkhemahan Badan Beruniform

Sambutan Hari Guru

Aktiviti Hari Guru

Sambutan Maulidur Rasul

Sukan Sekolah

Sukaneka Sekolah

Sunday, August 28, 2011

Berbuka@Felda Residence Hotel


Alhamdullilah, sempena di bulan yang mulia ini, jemputan berbuka sungguh meriah.. hehe.. ye la.. bile lagi nak manja-manjakan diri dengan tempat mewah camni kan? kalo tak sekarang, keja penat-penat cari duet.. hohoho.. mengikut kata-kata BFF aku la.. katanya itu la ayat dari bos beliau.. huh!!

Majlis berbuka di Felda Residence Hotel nih adalah anjuran bersama kengkawan tempat keja aku.. sempena perpisahan la kot.. hehe.. ape yang aku nak heboh pasal berbuka puasa kali nih, menunya.. Menunya adalah menu masakan Asia Tengah [Masakan Arab] antaranya Nasi Mandy, Kambing Bakar, dan belbagai lagi aku pun tak pasti la nama pe.. keh keh keh.. bukan biasa sangat.. cuma nak mencuba.. kalo korang dah penah rasa Kenny Rogers, Ayamas, Chicken Rice Shop, so aku pun nak try jugak.. kene la gayanya tu.. 

 

Seterusnya bayaran untuk 1orang dewasa adalah RM45.00.. boleh makan ape saje yang terhidang, dan dihidangkan sehingga jam 9.30pm. korang nak naik atas semayang dulu pun bole.. lepas terawih datang balik.. bole continue makan.. hehe.. 


So ape pandangan aku? emmmmm.... Its it worth ur pocket?? average je la.. hohoho.. masakan Arab nih sedap, tp kene belbagaikan lagi mengikut citarasa kita.. kalo pior arab punye memang kite akan rase lain kan?so aku bagi 7 bintang out of 10.. kalo nak mencuba bole uat tempahan di talian 09-6321111







Solat Aidilfitri


Islam memiliki dua hari raya iaitu Hari raya Fitri 1 Syawal dan Ied Adha 10 Dzulhijjah (Hari Raya Kurban atau Hari Raya Haji).

Cara mengerjakannya hampir sama dengan solat Jum'at yaitu dua rakaat. Bedanya, pada solat Ied, takbir awal pada rakaat pertama sebanyak 7 kali, dan takbir pada rakaat kedua sebanyak 5 kali, dan khutbah Ied dilakukan sesudah shalat.

Solat Ied & Idul Adha :
 
  • Sebaiknya dilakukan di lapangan terbuka
  • Disunatkan makan/minum sekedarnya menjelang pergi ke tempat solat. (Kebalikan dari Ied Adha: menahan makan sampai turun khatib dari khutbah)
  • Disunatkan pergi dan pulang dari solat Ied menempuh jalan yang berbeda
  • Tak ada solat sunnat yang mendahului atau yang mengiringi solat Ied.
  • Bagi mereka yang mengerjakan solat Ied di lapangan baginya tidak ada solat sunnat Tahiyatul Masjid. 
 
Bacaan setiap sesudah takbir

Subhaanallaah wal hamdulillaahi wa laa ilaaha illallaah wallaahu akbar. ("Maha suci Allah dan segala puji bagi Allah dan tidak ada Tuhan selain Allah dan Allah itu Maha Besar")

Sunnat memperbanyak lafaz takbir pada malam dan sepanjang Hari Raya Fitri. Pada Ied Adha, lafaz takbir hanya dikumandangkan pada malam dan paginya menjelang usai khutbah. Waktu-waktu berikutnya
dilakukan pada kesempatan solat fardhu termasuk pada hari-hari Tasyriq. Lafazh berbunyi:

Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, Allaahu Akbar, laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar allaahu akbar walillaahil hamd. Allahu akbar kabiira walhamdulillahi katsiira wa subhaanallaahi bukratan wa ashiila. Laa ilaaha illallaahu wahdah, shadaqa wa'dah, wanashara 'abdah, wa hazamal ahzaaba wahdah. Laa ilaaha illallaahu walaa na'budu illa iyyaahu mukhlishiina lahuddiina walau karihal kaafiruun. 

"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Tidak ada Tuhan selain Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan bagi Allah segala puji, Allah Maha Besar, Maha Agung, dan segala puji bagi Allah sebanyak-banyaknya, dan Maha Suci Allah pagi dan petang, tidak ada Tuhan selain Allah sendiri saja, Maha Benar Janji-Nya, Maha Penolong akan hamba-Nya, dan menghalau pasukan-pasukan musuh sendiri-Nya saja. Tidak ada Tuhan selain Allah, dan kami tidak menyembah selain kepada-Nya saja, mengikhlaskan agama bagi-Nya sekalipun tidak disukai orang-orang
kafir ".


Bagi mereka yang terlambat tiba di tempat solat dan mendapati imam sedang solat, ia jangan berbalik pulang, tetapi bergabunglah dan ikutilah, kemudian tambahilah sebanyak rakaat yang tertinggal.
Apabila mereka mendapati jamaah telah selesai solat, maka kerjakanlah solat Ied sebanyak dua rakaat; jangan ragu, jangan malu dan kerjakanlah hingga selesai. Bila selesai solat Ied duduklah dan dengarlah khutbah dengan khidmat.

Disunnatkan mendengar khutbah dengan khidmat dan jangan meninggalkan lapangan sebelum khatib turun dari mimbar, kecuali kerana hal-hal yang sangat memaksa. Bagi kaum wanita yang dalam keadaan haid, mereka dianjurkan ikut ke lapangan, ambil tempat di bagian pinggir, lalu mendengar khutbah, demi syiarnya Islam.

Bacaan setiap sesudah takbir berbunyi:

"Subhaanallaah wal hamdulillah wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar" ("Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan selain Allah, dan Allah Maha Besar.")

Thursday, August 25, 2011

Plant Nursery@Kampung Baru

Seronoknye!!!! hehe.. aku tak minat bunga.. tapi kalo pokok buah-buah memang bes!! sebab nati bole makan.. kan kan kan?? hehe.. kebetulan je.. alang-alang aku menunggu majlis selesai di Stadium semalam. So, kuar la kejap teman my BFF membeli pokok untuk hiasan rumahnya.. Katanya nak pakai untuk raya.. amboi-amboi.. meriahnye dia raya taun ni ye? Siap
bunga-bunga hiasan lagi eh?


Beli-beli jugak, jangan lupe siram.. haa.. pesanan jurujual semalam.. siram jangan sampai penuh pasu tu.. anggaran 2gelas je.. aku da bayangkan.. musti de orang sukat dengan gelas nanti nih.. keh keh keh.. skemanye.. jangan uat camtu.. aku tengok aku tamoh kawan lagi la.. aci?




So, apa yang besnye membeli pokok kat sini? haa.. Utama - Layanan... tu paling penting.. [bagi aku la] Layanan bagus!! Kalo tanye pasal pokok akan dijawab tanpa rase kekok.. beliau akan sharekan pada anda semua.. jangan bimbang la.. nak siram bape kali sehari, baja banyak mana, bile perlu baja.. macam-macam lagi la.. seterusnya.. harga.. kebanyakan harga untuk pokok bunga-bunga ni dalam RM10 dan tak terlalu mahal.. harga TERLALU berpatutan.. hehe.. jangan lak pasni bace post nih owner kedai naik harga ye.. ni tolong promo nih.. dan jangan lupe tengok-tengokkan pokok anggur kat atas atap tu ye? Anggur tu!!! dan Nursery nih jugak de jual pokok Strawberry!! menurut pakcik owner nih, katanya pokok strawberry yang terjual sepanjang puasa dah dekat 50pokok!! amboi!! lakunye!! pasu pun murah-murah je.. bole tawar menawar lagi.. corak pelbagai lagi tu. ok la.. korang tgk la gamba yang aku sempat snap nih.. 



















Tuesday, August 23, 2011

Berbuka@Dataran MPK1 a.k.a Taman Kerang

Wah!! meriahnya!!! itulah pandangan pertama aku semasa berbuka Padang MPK1 nih.. Padang MPK1 [Majlis Perbandaran Kuantan] atau dikenali Taman  Kerang bagi orang Kuantan.. huhu.. aku yang dah tiap - tiap bulan ke Kuantan sendiri pun tak penah berbuka kat sini.. biasanya kat umah Ma aku jer kat Tanjung Lumpur tuh.. 

Rupanya, kat sini lagi happening.. sebenarnya kebetulan kengakawan aku nak bershopping ke Kuantan nih.. nak sangat datang East Cost Mall [ECM] tu.. duk sebut-sebut dari Kuala Terengganu lagi.. so aku pun bawak la.. naik ECM.. Siap tolong bukak lagi ECM tuh.. park pun paling terdekat dengan pintu masuk utama bahagian Golden Screen Cinema.. hehe.. 




Apepun.. semasa berbincang pasal lokasi berbuka aku tak terlintas nak bebuka kat sini, ala-ala santai gitu.. Tepat jam 7.00 aku beli juadah berbuka seblah je bazarnya.. Bazar MPK1 memang banyak gile.. kalo datang lewat memang perlu berasak - asak untuk masuk. Menu aku?? Murtabak Pekan!!!! hehe.. lupe lak nak amek gamba murtabak nih.. sori.. so excited nak bebuka. keke.. dan sampingan nasi minyak.. SAMPINGAN TUH!!.. hehe.. bukan utama tau.. utama da Murtabak Pekan a.k.a Murtabak Raja.. Oder yang paling bes skali.. RM8.00 Special.. makan sampai tak habis aku bungkus plak makan kat umah.. 

Orang Kuantan memang bagus.. lepas berbuka aku tengok semua masing-masing paketkan plastik-plastik makanan dia orang dan buang dalam tong sampah yang disediakan.. sampai penuh tong tu.. dikumpul setempat.. takde sepah-sepah.. bagus la.. macam nih la rakyat yang prihatin.. Alhamdullilah..