Monday, August 29, 2011

Last Duty@SK LKTP Belara

 
Lumrah alam, yang datang tak semesti kekal selamanya.. begitu la.. yang pergi akan berganti, yang berganti akan pergi juga.. sedih, jugak nak tinggalkan SK LKTP Belara nih, banyak kenangan pahit manis aku lalui... Dengan aktiviti-aktiviti sekolah, kerja yang hebat-hebat.. hehe.. bukan senang nak lupakan. Semua warga sekolah juga seperti sebuah keluarga besar, masing-masing akan ambil berat sesama kami.
 
Segar lagi di ingatan ketika pengurusan sekolah oleh Cikgu Tan Chong Huat.. Guru Besar berbangsa Cina paling peramah aku pernah jumpa.. aku sempat setahun bekerja dengan beliau kemudian diganti dengan Cikgu Ahmad bin Ibrahim, bekas cikgu aku dulu time sekolah rendah.. Semasa kepimpinan Cikgu Ahmad banyak acara diadakan. Sukaneka, Merentas Desa, Sambutan Maulidur Rasul, Program Titian Kasih, Sukan Sekolah, Mesyuarat Agung PIBG, Perkhemahan Badan Beruniform, Latihan Kebakaran, Sambutan Hari Guru,bersama PIBG, Kem Motivasi, Gotong Royong bersama PIBG, dan Penyampaian Hadiah Kepada Pelajar 5A OTI.
 
Pengalaman tidak dapat dilupakan semasa makmal sekolah hampir terbakar kerana litar pintas, masa tu satu mesyuarat berjalan dalam makmal. Alhamdullilah, semua selamat, aku yang tak pernah padam kebakaran pun beranikan diri padamkan kebakaran masa tu.. memang takot, tapi kalo aku tak buat siapa lagi? begitulah.. aku seronok berada disini.

 
Bukan semua manusia sempurna, yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T. yang buruk itu datangnya dari diri aku sendiri. Apa yang aku harapkan, semoga SK LKTP Belara lebih cemerlang, InsyAllah.. Aku memohon maaf dan ampun kepada semua warga SK LKTP Belara sekiranya ada tersilap dan salah selama 2 tahun bertugas disini..  

Action Song Peringkat Kuala Terengganu Utara

Calon UPSR 2011

Sukan 1Malaysia

Merentas Desa

Mesyuarat PIBG disertai oleh YB Ahmad Razif

Pemeriksaan Kesihatan Gigi

Perkhemahan Badan Beruniform

Sambutan Hari Guru

Aktiviti Hari Guru

Sambutan Maulidur Rasul

Sukan Sekolah

Sukaneka Sekolah

0 comments:

Post a Comment