AMPUN TUANKU BERIBU-RIBU AMPUN...
SEMBAH PATIK HARAP DIAMPUN...
SELAMAT KEBERANGKATAN PULANG
DYMM SPB YDPA AL-WATHIQU BILLAH AL-SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL-MARHUM AL SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH
DAN
RAJA PERMAISURI AGONG TUANKU SULTANAH NUR ZAHIRAH
TERENGGANU DARUL IMAN
AMPUN TUANKU
DAULAT TUANKU
Tepat jam 2.30 petang semalam aku berpeluang menyertai sambutan kepulangan Tuanku Mizan Zainal Abidin serta Permaisuri Sultanah Nur Zahirah ke Istana Maziah Kuala Terengganu. Sambutan melibatkan lebih kurang 80,000 ribu pelajar sekolah dan 15,000 ribu rakyat jelata yang berada disepanjang perjalanan bermula dari Lapangan Terbang Sultan Sultan Mahmud hingga ke Istana Maziah. Sebelum sambutan disaksikan hujan turun dengan lebat memberikan rahmat negeri Terengganu sebelum ketibaan Tuanku.
Kami dengan semangat menyokong Tuanku, menunggu dan melambai bendera Terengganu dan Malaysia sambil melaungkan 'Daulat Tuanku'. 21 Das Tembakan Meriam menandakan ketibaan Tuanku di Lapangan Terbang menandakan Menyambut Tuanku di Majlis Istiadat Diraja.
Sepanjang Perjalanan dapat disaksikan sepanduk dan ucapan 'Selamat Pulang Tuanku dan Permaisuri' ke Terengganu. Majlis sambutan amat meriah. Terima kasih kepada yang terlibat. Semasa kereta Tuanku melintas semua perpeluang menyaksikan Tuanku dan Permaisuri melambai tangan kepada rakyat jelata sambil tersenyum manis. Tidak dilupakan juga Putera dan Puteri Tuanku yang berada dalam kereta barisan kedua tersenyum sambil melambai. Sungguh manis senyuman, patik rakyat jelata sungguh terpesona.
Difahamkan oleh Harian Metro sambutan bermula dari Istana Negara dengan pelbagai acara sebelum Tuanku berangkat ke Terengganu.
0 comments:
Post a Comment