Seperti yg telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2012 di Parlimen yang lalu. Antara imbuhan ygdijanjikan dan bakal dikotakan oleh kerajaan BN merupakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah yg berpendapatan kurang / di bawah RM3000 - tiga ribu ringgit malaysia.
Pendaftaran BR1M bermula dari 10 Disember 2011 sehingga 10 Januari 2012.
Borang boleh diambil daripada Ketua Kampung, Pejabat Daerah, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat / lama web Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pejabat Wakil Rakyat ataupun dari laman web Kementerian Kewangan M'sia (MoF).
Bagi pemohon yg tiada 'pay slip' cth : kerja sendiri / kerja kampung, boleh dptkan cop pengesahan dari Ketua Kampung atau Wakil Rakyat.
Hantar borang yg telah lengkap diisi kpd Ketua Kampung, Pejabat Daerah, Wakil Rakyat, LHDN & Sekolah² terpilih sebelum 10 Januari 2012.
Bayaran RM500 akan dibuat berperingkat² mulai pertengahan bulan Januari kepada penerima yg disahkan layak setelah semakan dibuat oleh MoF.
"Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan pendaftaran secara online di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit. Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar. Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional. Pemberian bantuan itu seperti yang diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 olehPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan dilakukan secara berperingkat-peringkat, berkuat kuasa pada Januari 2012"
Sekadar ingatan, BR1M ini diberikan kepada yang layak sahaja. Sesiapa yg rasa-rasa tidak layak tu, tak perlulah cuba-cuba utk dapatkan RM500 ni. Kang buruk padahnya.
Ohh yaa tidak lupa juga, BR1M ini juga boleh diminta oleh pihak pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS. Kerajaan UMNO sentiasa mengutamakan rakyat utk kesejahteraan bersama.
1 comments:
aku paling benci baca perenggan terakhir.. yuck!!!
Post a Comment