Tuesday, October 18, 2011

Budak digilis tanpa belas kasihan@China

~ AMARAN !!! MENONTON DENGAN RISIKO ANDA SENDIRI !!! ~



Video yang ditonton pembaca sekelian berlaku di China (tak pasti daerah mana). Bayangkan sekiranya kejadian tersebut berlaku di Malaysia. Anda semua nilaikan sendiri bagaimana manusia zaman sekarang. Entahlah, mungkin ibunya terlepas pandang dan anaknya merayau-rayau sekitar kedai dan digilis van tanpa belas kasihan. Ditambah pula dengan mereka yang tidak berperikemanusiaan yang hanya melihat saja budak tu mengerang kesakitan sehingga seorang makcik tukang sapu menggangkat budak ersebut ke tepi. Nasib budak ini baik kerana ada video CCTV yang merakam apa yang telah berlaku. Bagaimana kalau di Malaysia? Tanya la hati masing-masing..

Wednesday, October 12, 2011

Wedding@Tuan Bakhtiar dan Tuan Noraida


Alhamdullilah....

Syukur dan semuanya selamat di ijab kabul.. Walaupun sibuk dengan urusan harian berikutan banyak keja yang nak setel bulan nih, sempat lagi aku ke majlis Perkahwinan sahabatku ~ Tuan Bakhtiar Tuan Jusoh bersama - sama pasangan yang dicintai Tuan Noraida Tuan Ali. Ikatan perjanjian kad nikah di berlangsung di Masjid Raja Chendering. Suasana majlis begitu berseri dengan para tetamu di kalangan keluarga dan sahabat handai, menyerikan lagi suasana majlis.



Ucapan Terakhir Perantau Desa ~ SELAMAT PENGANTIN BARU, SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT.. INSYALLAH.. AMIN...

Monday, October 10, 2011

Good vs Bad Habits


Well? korang bosan tak dengan tajuk kali nih? hehe... sebenarnya tajuk nih, da lama aku nak post cuma tunggu mase je.. 

em, so pe bekenaan habits ni? 

Bace betol-betol, HABITS, bukan Hobbits atau sewaktu dengannya ye.. hehe.. 

HABITS - TABIAT

Tabiat manusia sama ada baik atau buruk yang diamalkan sepanjang KEHIDUPANNYA..


Ape yang aku nak ketengahkan kali ni adalah mengenai tabiat yang baik yang patot di amalkan.

Contoh:

  • Sentiasa pastikan meja sentiasa bersih
  • Susun kerusi setelah duduk
  • sentiasa mengambil tahu keadaan sekeliling


Banyak lagi la kalo nak tulis sume.. memang tak muat page aku nih..

Ape yang paling penting dalam habits ni aku AMAT-AMAT berharap pemandu malaysia sentiasa mengambil tahu keadaan sekeliling, contoh sentiasa melihat cermin pandang belakang sekurang-kurangnya setiap 3minit. Sentiasa memberikan isyarat walaupun tiada pemandu lain ~ sebab ia adalah amalan/habit yang baik.

Aku dapat rasakan, sekiranya kita sentiasa mengamalkan habit-habits yang baik ini ia akan menjadi amalan kita sampai kita mati. Lihat saja orang-orang jepun yang muncul dengan amalan 5S. Aku memang memuji disiplin mereka yang diamalkan semanjak lagir lagi. kita? dimana? adakah tercorok? renung-renungkanlah..

Bajet 2012@Malaysia

Lanjutan Bajet 2012 Malaysia



Well, walaupun aku sendiri tidak langsung terlibat dengan bajet 2012 ni, tapi aku dapat rasakan, mungkin tempiasnya adalah walau sebesar kuman, hehe...

Mesyuarat Kumpulan Inovatif dan Kreatif PPDKT


Alhamdullilah, aku antara jemputan untuk menjayakan Bengkel Kumpulan Inovatif dan Kreatif Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu. Bagi aku bengkel nih sesuatu yang baru dalam kamus hidup aku. yela, aku nih sape nak kursus - kursus bagai bukan ensem atau hebat kan? huhuhu.. so, dah dijemput aku pergi la.. tak sangka jugak. Tajuk Bengkel nih :

PENGURUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID KE TINGKATAN SATU MELALUI PERISIAN DASMUT 1

So pe yang baru? bagi aku menyaksikan kehebatan ahli - ahli bekerja sama dan memberikan idea - idea bernas dan bersungguh sungguh melaksanakan tugas sangat patot di puji!

Terima kasih kepada :

YM. Hj. Tengku Azelam bin Tengku Abdullah
Tuan Haji Suhaimi bin Endut
Encik Mat Lela bin Muda
Puan Norsidah binti Nordin
Encik Che Rozaid bin Salleh
Encik Mat Salleh bin Said
Tuan Haji Mohd Yusof bin Hassan
Nor Asma Masliza binti Mamat
Encik Abdul Ghani bin Mohd Ali
Wan Zulkifli bin Wan Ahmad
Encik Rafizi bin Yusof


Bengkel ini akan berlangsung sehingga projek berjaya mendapat hasil, dan sehingga hari perbentangan.

Terima kasih juga kepada pihak Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Marang Terengganu sudi menyediakan tempat dan makan semasa bengkel berlangsung.Chaiyok! Chaiyok!

Sunday, October 9, 2011

Ramaikan Follower, Dapatkan Pembaca

KLIK DISINI

Nama Blog : Perantau Desa
Nama Blogger : Azram
Tahun Mula Berblog : 2011
Jumlah Follower : 6
Tarikh Tutup : 10 Oktober 2011

Wednesday, October 5, 2011

Test@MaxPowerController


Produk yang bukan asing dalam pasaran sekarang, MaxPowerController - MPC. Sebenarnya aku dah lama guna produk nih, agak-agak dalam 4bulan. Mulanya aku tak berapa percaya jugak.. so, ade kawan aku nih, cube rekemen.

Pada mulanya aku kurang pecaya, so aku surf internet ape kelebihan MaxPowerController nih, so pe yang aku dapat?sila KLIK link di bawah:


  • MENGAWAL VOLTAN ELEKTRIK
So, aku gunala MPC nih dengan mencucuk ke bahagian pencucuh rokok kereta aku, mase tu siang hari.Perkara yang aku mula-mula perasan kalo aku shutoff engine semasa radio masih on, radio akan on dalam jangkamasa 5saat sebelum mati macam biasa. walau kunci dicabut. so koorang jangan tekejut pulak cakap kereta korang berhantu. Sebenarnya SEMUA PERALATAN ELEKTRIK DIKAWAL ARUSNYA.  So jangan bimbang dengan litar pintas yang dilakukan secara tidak sengaja, kalo korang ni memang seorang yang suke modified radio atau peralatan elektronik kereta.
Menjelmanya waktu malam setelah suis lampu dibuka, lampu agak terang dari biasa, dan berikan cahaya yang memuaskan semasa memandu, terutama waktu hujan malam. 

  • MENJIMATKAN MINYAK
Selain dari tu, aku yang selalu outstation ke Kuantan dan Putrajaya nih memang perlu alat nih, so berdasarkan kajian aku, RM10 petrol kereta aku boleh mencapai 120km. Ini menjimatkan dan sebelum menggunakan MPC aku hanya mendapat 85km untuk RM10. huhuhu.. 

  • SEBAGAI JUMPER
Berdasarkan kenyataan blog MPC nih, ia mampu dijadikan Jumper sekiranya bateri lemah, dan aku berpeluang mencubanya!! hehe.. Kebetulan ketika tu kereta kawan aku bateri kong. Aku try la.. caranya mudah saje.. lepas off engine kereta yang ade MPC nih, korang caput MPC tuh, dan kemudiannya masukkan ke kereta yang bemasalah tu, dan cube start macam biasa.. SEKIRANYA SAMBUNGAN ELEKTRIK KERETA TERSEBUT OK(SAMBUNGAN PENCUCUH ROKOK) OK, KOMFEM KERETA TU BOLEH HIDUP dan dalam kes aku nih, TERBUKTI KERETA TERSEBUT BOLEH DIHIDUPKAN!!

  • LEBIH TERBUKTI 
Lebih terbukti sekiranya anda memiliki kereta yang berkaburator!!!
LEBIH POWER!! LEBIH JIMAT!!

So ape pendapat anda?

Kalo nak try bole aku rekemenkan produk nih, boleh hubungi : 

Azram Razali : 017 - 933 3309
Ridhuan Juhari di talian : 012 - 939 1350
Harga 1 Unit MaxPowerController  - RM150

Harga yang ditawarkan RM150 kalo korang tengok blog - blog yang ada dalam internet sekarang kebanyakan menjualnya dengan harga RM199, tapi kami bagi diskaun hanya RM150.00!!!

Jaminan kepada anda sekiranya produk tidak berfungsi, boleh menukarnya dengan PERCUMA!!! 

Bagaimana tahu tidak berfungsi? 
Lampu LED (berwarna merah) tidak menyala, - menandakan produk rosak atau tidak berfungsi.