Wednesday, December 22, 2010

Bubur Nasi

Tetibe rase nak makan bubur nasi la.. em, tanye pakcik google dapat resipi.. amboi, canggih benar teknologi sekarang, semua di hujung jari.. cume bergantung pada diri sendiri saja macamana nak gunakanya

Ha.. sudah celoteh, mari kita lihat resipi bubur nasi tu ~ simple2 sudeh


Bubur Nasi
Bahan-Bahan:
Isi Ayam (direbus dan di siat siat)
1 cawan beras
1 inci halia
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 batang Lobak merah (potong seperti lidi)
Air
Minyak (untuk menumis)
Sediki daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah



Cara:
  • Halia, bawang merah dan bawang putih hi campurkan dan ditumbuk halus. Panaskan minyak dan tumis sehingga wangi. 
  • Kemudian masukkan beras yang sudah dibersihkan digaul sebati. 
  • Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak. 
  • Kemudian di masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata. 
  • Masukkan Lobak merah apabila nasi hampir pecah. Jika air cepat kering tambahkan lagi air (jika boleh air rebusan ayam tadi hendaklah digunakan)  
  • Bubur sedia dihidangkan.
  •  
     Cadangan Hidangan:
    Untuk 2 atau 3 hidangan

    Assalamualaikum & Salam Perkenalan..

    Terlebih dahulu syukur pada hadrat Illahi kerana limpah kurniaNya dapat menghasilkan blog yang tak seberapa ni. Buat pengetahuan pembaca sekelian, ini merupakan blog pertama saya, dengan itu, diharap sebarang post dan info yang diberikan sesuai dengan gaya hidup masa kini. Banyak yang ingin diperkatakan, tapi hanya masa dan keadaan yang akan menentukan. Dengan itu, silalah selalu berkunjung ke blog ini. Kepada pengikut-pengikutku terima kaseh atas sokongan anda.. yang belom jadi pengikut tu, ape lagi. tekan je butang followers tu hehe..